Skip to main content

Gaya Hidup

Perarakan Malam Pikachu di Sentosa pada Disember, pertama di luar Jepun

Watak Pokemon Pikachu akan membuat kemunculan di Pantai Palawan di Sentosa pada Disember ini sempena acara Perarakan Malam Pikachu yang diadakan buat julung-julung kalinya di luar Jepun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perarakan Malam Pikachu di Sentosa pada Disember, pertama di luar Jepun
Diterbitkan : 14 Nov 2018 01:56PM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 12:26PM

SINGAPURA: Watak Pokemon Pikachu akan membuat kemunculan di Pantai Palawan di Sentosa pada Disember ini sempena acara Perarakan Malam Pikachu, yang diadakan buat julung-julung kalinya di luar Jepun. Demikian menurut Sentosa dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (14 Nov).

Perarakan Malam Pikachu akan berlangsung dari 14 hingga 16 Disember serta dari 21 hingga 23 Disember. Ia akan menampilkan sembilan Pikachu bercahayakan lampu-lampu LED sedang mereka berarak dan menari sepanjang jalan 100 meter, dekat kawasan permainan air 'Palawan Pirate Ship' dan 'Palawan Kidz City'.

Para pengunjung berpeluang mengambil gambar perarakan itu di Palawan Beach Walk, menurut Sentosa.

Acara itu adalah sebahagian daripada pesta Cahaya Pulau Sentosa dan turut menampilkan 10 instalasi yang dikatakan 'Instagrammable'. Pesta itu akan diadakan dari 16 November hingga 31 Disember di Pantai Palawan.

"Acara Nights at Sentosa pada hujung tahun ini menawarkan lebih keseronokan sedang kami terus memberikan pengalaman lewat malam yang unik kepada tetamu kami," kata Lynette Ang, Ketua Pegawai Pemasaran Sentosa Development Corporation. 

"Kami mengalu-alukan lebih ramai rakyat tempatan dan pelancong ke Sentosa semasa tempoh percutian akan datang."  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita