Penyanyi Charlie Puth promosikan S'pura dalam video muzik baru
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Singapore Tourism Board
Charlie Puth sebagai pemandu pelancong ke Singapura? Penyanyi dan penulis lirik itu berganding bahu dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Warner Music Singapore untuk memaparkan destinasi di Singapura sebagai sebahagian daripada kempen STB, SingapoReimagine.
Menurut kenyataan media STB, "Charlie akan memberi gambaran Singapura secara dekat dan menerusi pengalaman peribadinya melalui lensa muzik beliau sedang beliau bercakap dan berkongsi pengalaman, di samping meneroka pelbagai pemandangan dan nunyi-bunyian, dari sudut-sudut ikonik hingga ke tempat-tempat yang mungkin tidak diketahui ramai".
Sepanjang kunjungan beliau ke Singapura selama seminggu, penyanyi pop yang terkenal dengan lagunya 'Left And Right' dan 'Light Switch' melawat beberapa destinasi di Singapura termasuk Marina Bay waterfront promenade, Long Bar di Raffles Hotel, The Projector, daerah Joo Chiat dan Offtrack.
Penyanyi yang berusia 30 tahun itu juga membuat persembahan di acara tertutup hanya untuk tetamu yang dijemput di Raffles Hotel pada Sabtu (17 Sep).
Pengalaman dan tempat-tempat yang dikunjungnya akan dikongsi dalam sebuah video yang akan dikeluarkan pada Oktober tahun ini di media sosial STB dan juga Charlie.
Dalam sebuah kenyataan, Charlie berkata: "Ini kali ketiga saya mengunjung Singapura, dan setiap kali, ada sesuatu yang baru untuk dipelajari dan diketahui. Namun kunjungan ini amat istimewa kerana saya menggunakan pengalaman saya di negara ini untuk bercerita melalui muzik. Singapura cukup bertenaga dan menarik bagi halwa mata dan telinga. Itulah yang membuatkan ia sangat menakjubkan, dan memberikan saya inspirasi semasa saya membuat muzik."
Beliau pernah mengadakan konsert di Singapura pada 2016 dan 2018.
Pengarah Jenama STB berkata: "Pemandangan dan bunyi-bunyian di negara kita serasi dengan semangat dan kreativiti Charlie. Kami amat teruja kerana Charlie memilih hanya Singapura sebagai destinasi Asia untuk mempromosikan albumnya dan memberikan kami peluang untuk bekerjasama dengan Warner Music untuk menyerlahkan kerencaman yang kita ada menerusi bakat beliau."
Ini merupakan kerjasama pertama Charlie untuk mempromosikan sebuah destinasi. Album terkininya, CHARLIE, akan dilancarkan pada 7 Oktober 2022.
STB baru sahaja bekerjasama dengan Jackson Wang untuk menghasilkan beberapa video mempromosikan Singapura. Penyanyi K-Pop yang berusia 28 tahun itu berada di Singapura pada Ogos untuk menjadi duta kempen SingapoReimagine.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.