Skip to main content

Gaya Hidup

Penny University bakal tutup cawangan di Kampong Gelam

Anggaran Waktu Membaca:
 Penny University bakal tutup cawangan di Kampong Gelam

Penny University tutup cawangan di Kampong Gelam. (Gambar: Instagram/pennyuniversity)

Diterbitkan : 21 Apr 2026 01:48PM Dikemas Kini : 21 Apr 2026 01:57PM
SINGAPURA: Satu lagi kedai makan di Kampong Gelam akan ditutup. Kafe 'brunch' halal, Penny University, mengumumkan pada Sabtu (18 Apr) bahawa ia akan menutup cawangannya di Jalan Kelapa, dengan hari terakhir operasinya dijadualkan pada 3 Mei.

Kafe ini, yang pertama kali dibuka pada tahun 2012 di East Coast, terkenal dengan kopi istimewa dan menu sarapan lewat pagi (brunch). Ia kemudian berpindah ke Jalan Kelapa di Kampong Gelam pada tahun 2022, selepas sedekad berada di lokasi asalnya.

Dalam catatan Instagram yang mengumumkan penutupan tersebut, pihak kafe menyifatkan tempoh mereka di Jalan Kelapa sebagai satu "pengembaraan". Mereka menyatakan kafe itu kekal setia dengan perjuangan asal iaitu menghidangkan kopi dan brunch sambil membina hubungan dengan masyarakat setempat. Mereka juga menyedari kehadiran lebih ramai pelanggan asing dan menyifatkan semua pelanggan sebagai "kumpulan yang sangat menyenangkan".

Faktor cabaran perniagaan turut dinyatakan sebagai punca keputusan tersebut diambil.

"Realiti ekonomi boleh menjadi sangat mencabar, dan kami tidak terkecuali. Waktu yang sukar dalam industri makanan dan minuman (F&B) bermakna kami terpaksa menamatkan perjalanan kami di Jalan Kelapa," menurut kapsyen catatan tersebut. "Sangat sedih, tetapi pada masa yang sama kami berasa bangga dan bertuah kerana dapat berkhidmat kepada semua orang di sini. Kami beredar dengan kenangan yang indah."

Catatan itu menambah bahawa pasukan Penny University akan berehat seketika untuk "mengumpul semula tenaga" selepas penutupan itu.

Sepanjang tempoh di Kampong Gelam, Penny University juga sering menganjurkan aktiviti masyarakat seperti sesi mengait, acara seni, dan perbincangan kelab buku.

Jenama itu juga sudah berkembang dengan membuka cawangan keduanya di Wisma Geylang Serai pada 2024, yang akan terus beroperasi seperti biasa selepas cawangan Jalan Kelapa ditutup.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita