Penjagaan mata tanggungjawab kita; ini panduannya...
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: Unsplash
SINGAPURA: Zaman ini ramai yang tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit dan akan rasa janggal seperti ada yang tidak kena apabila keluar rumah tanpa membawanya bersama. Lihat sahaja di sekeliling anda, ramai yang suka menatap telefon hingga berjam-jam lama tanpa menghiraukan kesihatan mata.
Jika tabiat ini menjadi rutin seharian, dalam jangka panjang ia boleh menjejas kesihatan mata. Seperti penyakit kronik yang lain, mata juga berisiko untuk mengalami penyakit serius seperti katarak, glaucoma, retinopati diabetik dan banyak lagi gangguan penglihatan yang lain.
Lantaran itu dari usia muda lagi kita perlu melakukan pemeriksaan mata secara rutin untuk memastikan penglihatan kekal sihat, tidak kira sama ada anda mempunyai masalah penglihatan atau tidak. Jangan tunggu sampai sakit mata, penglihatan semakin kabur atau sudah berusia baru terasa ingin buat pemeriksaan.

Bagi yang memakai kaca mata atau kanta lekap yang berpreskripsi anda turut digalakkan untuk menjadualkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Ini penting kerana ia dapat menilai pelbagai aspek penglihatan dan membantu untuk mengesan sebarang masalah mata dari peringkat awal. Dengan mendapatkan rawatan yang segera keadaan dapat pulih atau lebih terkawal.
PENJAGAAN MATA TANGGUNGJAWAB SENDIRI
Terdapat pelbagai penyakit atau masalah mata. Ada yang tidak dapat membezakan warna, hilang keupayaan untuk melihat dari jarak dekat, sukar menyesuaikan diri dengan perubahan cahaya dan sebagainya.
Jika anda dapat rasakan perbezaan atau mengalami tanda-tanda awal, penting untuk segera dapatkan pemeriksaan lanjut mata dan jangan tangguh. Sepasang mata yang sihat dan jelas adalah penting untuk kesihatan secara menyeluruh dan ia tidak patut diabaikan. Walaupun pakar mata dapat membantu untuk mengesan dan mencegah penyakit mata, tanggungjawab utama terletak pada diri sendiri.
Selain melakukan pemeriksaan mata secara rutin anda juga boleh mengamalkan cara-cara lain seperti pemakanan yang sihat serta bersenam secara konsisten.
Anda juga boleh tingkatkan lagi penglihatan melalui penjagaan makanan atau diet seharian. Pastikan makanan yang diambil mengandungi khasiat yang tinggi. Mata yang sihat memerlukan nutrien seperti vitamin A, C dan E selain mineral seperti zinc.
Pemakanan sayuran yang baik untuk kesihatan mata adalah seperti lobak merah yang diperkaya dengan kandungan beto-kerotin, diet sayuran hijau, kuning telur, lada benggala kuning dan labu kerana ia mengandungi khasiat antioksida dan membantu untuk mempertajamkan penglihatan terutama pada sebelah malam.

Tidak kira usia, anda juga digalakkan untuk mengamalkan diet sayur-sayuran hijau, kuning telur, lada benggala kuning dan labu ataranya kerana ia mengandungi khasiat antioksida.
SENAMAN MATA
Bayangkan berapa lama kita gunakan mata setiap hari dari celik mata awal pagi, sehingga lewat malam. Jika sebelum ini anda mungkin tidak pernah terfikir dan tidak menghiraukan tentang kesihatan mata, kini sudah tiba masanya.
Penting untuk rehatkan mata terutama bagi mereka yang menghadap komputer sehari suntuk. Terdapat pelbagai senaman mata ringkas yang boleh dilakukan di mana sahaja.

Antaranya senaman 20-20-20. Teknik ini didapati berkesan untuk merehatkan mata seketika dan mudah untuk dilakukan. Setiap 20 minit setelah menghadap skrin, cuba alihkan pandang ke arah jarak 20 kaki dan amalkannya selama 20 saat. Dengan melakukan sedemikian, mata tidak akan rasa terlalu tertekan sebaliknya lebih relaks.
Selain itu, anda juga boleh mencuba empat cara berikut yang dikatakan sesuai diamalkan selepas bangun tidur dan sebelum tidur atau apabila mata mula berasa letih. Amalkan setiap hari, sebelum itu pastikan tangan dan jari jemari sudah dicuci bersih agar bebas dari kotoran dan kuman.
Ini caranya:
• Gosok kedua belah tapak tangan untuk hasilkan haba panas kemudian tekap pada kedua belah mata sambil mata ditutup anggaran 3 - 5 saat. Ulang 3 kali.
• Gerakkan bebola mata dari pandangan atas dengan putaran perlahan sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
• Cuba urut di penjuru dahi menggunakan jari, tekan perlahan penjuru dahi dan urut dalam gerakan sebanyak 20 kali mengikut arah jam dan sebaliknya. Ulang urutan atas kening, bawah mata dan kedua belah penjuru sisi hidung.
• Sandar, pejam mata, rehat selama 3-5 minit.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.