Pengguna iPhone, iPad SG kini dapat nikmati pengalaman Apple Maps dipertingkat
Anggaran Waktu Membaca:
Apple menghasilkan 'Detailed City Experience' atau Pengalaman Bandar Terperinci ke Apple Maps di Singapura. (Gambar: Apple)
SINGAPURA: Pengguna iPhone dan iPad di Singapura kini akan dapat menikmati pengalaman Apple Maps yang dipertingkat, dengan kemas kini 'Detailed City Experience' atau Pengalaman Bandar Terperinci yang dilancarkan pada Khamis (7 Ogos).
Singapura juga merupakan bandar dan negara pertama di Asia yang menerima kemas kini ini.
Pengalaman Apple Maps yang baharu akan membolehkan anda untuk melihat peta Singapura yang sangat terperinci,yang menampilkan mercu tanda 3 Dimensi (3D) yang cukup dikenali oleh penduduk tempatan dan sangat membantu untuk pelancong, seperti Hotel Fullerton, Lau Pa Sat, Merlion, serta kedai Apple terapung di Marina Bay Sands.

Model itu juga akan menampilkan mod gelap khas yang menyala apabila paparan pada telefon beralih ke Mod Gelap.
Penambahbaikan lain termasuk jalan terperinci yang bukan sahaja akan menunjukkan ekspreswe dan jalan pintas, tetapi juga tanda lorong dengan anak panah, lorong bas dan juga lintasan zebra.
Terdapat juga lebih banyak pokok dalam pengalaman Apple Maps baharu yang akan menjadikan peta lebih realistik.

Turut tersedia dalam kemas kini terbaharu adalah panduan ke lokasi, yang menampilkan kandungan tercipta yang boleh diterokai jika anda merancang untuk mencari tempat makan baharu atau tempat janji temu baharu.
Untuk pemandu, Apple Maps kini akan mempunyai "pandangan cermin depan (windshield)" supaya anda dapat mengetahui dengan mudah jalan keluar mana yang perlu diambil dari lebuh raya, manakala pejalan kaki kini boleh menikmati pengalaman realiti tambahan (AR) imersif baharu yang akan mengarahkan mereka ke tempat yang mereka perlu pergi dengan mudah.
Untuk mengakses ciri-ciri baharu, leret ke atas dengan dua jari pada skrin untuk menukar Apple Maps 2D kepada 3D.
Dari situ anda boleh menggerakkan dan meneroka model baharu mercu tanda Singapura dan melihat paparan baharu itu.
Apple Maps bukanlah satu-satunya aplikasi peta yang menawarkan pengalaman terperinci.

Google Maps juga mempunyai sesuatu yang serupa.
Sebagai contoh, Google Maps di San Francisco dan Tokyo menawarkan maklumat tahap jalan dengan lampu isyarat, lintasan pejalan kaki dan model 3D.
Walau bagaimanapun, Apple kelihatan mendahului Google di Singapura dengan pelancaran terbaharunya itu.
Apple tidak menyatakan sama ada dan bila Pengalaman Bandar Terperinci akan dilancarkan ke bandar-bandar lain di rantau ini.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.