Pengguna Instagram bawah 16 tahun perlu izin ibu bapa untuk lakukan penstriman langsung
Syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat, Meta yang memiliki Facebook dan Instagram mengumumkan bahawa pengguna Instagram berumur bawah 16 tahun tidak lagi dibenarkan menggunakan ciri siaran langsung tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Logo aplikasi Instagram pada skrin telefon bimbit. (Gambar fail: Reuters/Francis Mascarenhas)
Meta menyatakan bahawa melalui kemas kini pada ciri Akaun Remaja atau "Teen Accounts" di Instagram, pengguna bawah 16 tahun juga tidak lagi boleh mematikan fungsi kabur automatik dalam mesej peribadi.
Ciri keselamatan Teen Accounts itu juga akan diperluaskan ke platform Facebook dan Messenger.
Kemas kini itu akan diuji terlebih dahulu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia dalam beberapa bulan akan datang.
Ciri Teen Accounts pertama kali diperkenalkan pada September lalu bagi mengehadkan penggunaan platform oleh golongan remaja dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan.
Langkah itu turut sejajar dengan usaha di banyak negara untuk mengehadkan atau mengharamkan penggunaan media sosial di bawah usia tertentu, susulan pelbagai kajian yang menunjukkan kesan buruk penggunaan media sosial terhadap perkembangan mental golongan muda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.