Skip to main content

Gaya Hidup

Pengguna DBS PayLah! kini boleh buat bayaran di lebih 100 juta premis perniagaan di China

Lebih tiga juta pengguna DBS PayLah! kini boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR kepada 100 juta peniaga yang bekerjasama dengan Alipay dan Weixin Pay di seluruh tanah besar China.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna DBS PayLah! kini boleh buat bayaran di lebih 100 juta premis perniagaan di China

Seorang pengguna DBS PayLah! membuat pembayaran menggunakan kod QR di sebuah gerai jalanan di Yu Yuan Jie Dao, Shanghai, China. (Gambar: DBS)

Diterbitkan : 12 Nov 2026 03:07PM
DBS PayLah! users can now make payments at over 100 million business outlets in China
  • DBS announced on Thursday, 12 November, that more than three million PayLah! users can pay at 100 million Alipay and Weixin Pay merchants in mainland China without additional fees.
  • Users scan a merchant’s QR code or show their own through the latest app, then check the amount in yuan, the exchange rate and the total in Singapore dollars before confirming the payment.
  • With existing UnionPay support, DBS said it is the first and only bank in Singapore to cover China’s three major QR networks; partnerships with Ant International and TenPay Global also maintain the merchant system.
  • The expansion follows an increase in travel to China, including 11.6 million trips by foreign nationals from July to September, up 15.6 per cent. PayLah! has also expanded to Taiwan, while the article compares it with OCBC’s QR option.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Lebih tiga juta pengguna DBS PayLah! kini boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR kepada 100 juta peniaga yang bekerjasama dengan Alipay dan Weixin Pay di seluruh tanah besar China.

Para pengguna boleh mengimbas kod QR peniaga atau menunjukkan kod QR mereka sendiri untuk diimbas oleh peniaga, menurut DBS pada Khamis (12 Nov).

Tiada yuran urus niaga tambahan akan dikenakan.

Sebelum mengesahkan urus niaga, para pengguna boleh melihat jumlah pembayaran dalam mata wang yuan China, kadar pertukaran mata wang yang digunakan serta jumlah yang perlu dibayar dalam dolar Singapura.

Para pengguna perlu mengemas kini aplikasi DBS PayLah! kepada versi terkini untuk menggunakan fungsi pembayaran baharu tersebut.

Dengan adanya kemudahan pembayaran kod QR UnionPay yang sedia ada, DBS menyatakan bahawa ia merupakan bank pertama dan satu-satunya di Singapura yang menyokong kaedah pembayaran kod QR merentasi ketiga-tiga rangkaian pembayaran kod QR utama di China.

"Pembayaran memainkan peranan penting dalam membolehkan pengguna meneroka segala yang ditawarkan China, lebih-lebih lagi apabila minat pelanggan terhadap trend 'China-maxxing' terus meningkat," kata Ketua Kumpulan Perbankan Pengguna DBS Singapura, Calvin Ong.

Beliau menambah, kerjasama dengan Ant International dan TenPay Global akan memberikan para pengguna lebih fleksibiliti ketika membuat pembayaran di China, di samping membolehkan para peniaga untuk terus menggunakan sistem pembayaran sedia ada.

Peluasan perkhidmatan tersebut dilakukan sedang jumlah pelancong yang mengunjungi China semakin meningkat.

Menurut Pentadbiran Imigresen Negara China, warga asing melakukan sebanyak 11.6 juta perjalanan ke negara itu antara Julai dengan September. Jumlah tersebut meningkat 15.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2025.

Singapura merupakan antara 10 negara teratas yang menyumbang kepada jumlah ketibaan pelawat asing sepanjang tempoh tersebut.

Pada Oktober, DBS PayLah! meluaskan rangkaian pembayaran kod QR luar negaranya ke Taiwan, membolehkan para pelancong membuat pembayaran kepada 250,000 peniaga yang mengambil bahagian.

Pada Februari, OCBC memperkenalkan perkhidmatan yang membolehkan para pelanggan mengimbas dan membuat pembayaran menggunakan kod QR peniaga Weixin Pay menerusi aplikasi OCBC, selain kod QR Alipay+ dan UnionPay.

Namun, meskipun para pelanggan OCBC boleh menjana kod QR mereka sendiri untuk pembayaran menerusi Alipay+ dan UnionPay, pilihan tersebut tidak tersedia bagi urus niaga Weixin Pay.

Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita