Penggiat seni intai peluang kembali hiburkan penonton; kandungan digital tidak dapat bertahan dalam jangka panjang
Meskipun lebih banyak sokongan dihulurkan untuk membawa seni ke wadah online di tengah-tengah pandemik COVID-19, persembahan secara digital dan bahan-bahan lain tidak mungkin dapat bertahan dalam jangka panjang, menurut para anggota masyarakat seni tempatan.
(Gambar: The Esplanade)
SINGAPURA: Meskipun lebih banyak sokongan dihulurkan untuk membawa seni ke wadah online di tengah-tengah pandemik COVID-19, persembahan secara digital dan bahan-bahan lain tidak mungkin dapat bertahan dalam jangka panjang, menurut para anggota masyarakat seni tempatan.
Beralih ke wadah online berhasil memikat golongan penonton baru, tetapi kumpulan-kumpukan seni sedang menantikan pelonggaran pada sekatan-sekatan COVID-19 dengan lebih banyak aktiviti dijangka akan dibenarkan.
"Peralihan ke ruang maya ini mungkin dapat menampung lebih ramai penonton, memastikan ia kekal dimampui dan memartabatkan lagi seni tempatan, menurut penyelidik seni tarian, Cik Nirmala Seshadri.
"Ia dilihat sebagai satu cara untuk memikat penonton baru dari seluruh dunia."
Bagaimanapun, Cik Nirmala menekankan bahawa tarian, sebagai satu wadah, mungkin "menolak" format persembahan digital disebabkan oleh nilai-nilainya dalam bentuk zahir.
Penerima Anugerah Artis Muda Majlis Seni Kebangsaan (NAC) itu berkata demikian pada Rabu (10 Jun) semasa menyertai perbincangan yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) bersama Galeri Nasional Singapura dan Muzium Seni Singapura.
Para penceramah berbincang tentang peranan, matlamat dan kerelevanan seni semasa berlaku pandemik. Banyak persembahan secara langsung sudah ditangguhkan disebabkan oleh langkah-langkah jarak selamat.
Bagi membantu sektor tersebut menangani kesan COVID-19, Pemerintah mengumumkan pakej sokongan bernilai S$55 juta pada April untuk membantu pertubuhan-pertubuhan budaya dan para pengamal sehingga hujung tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.