Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pengendali lawatan, hostel tawar pengalaman baharu tarik pelawat ke SG

Anggaran Waktu Membaca:
Pengendali lawatan, hostel tawar pengalaman baharu tarik pelawat ke SG

(Gambar: AP/Suhaimi Abdullah)

Diterbitkan : 07 Jan 2025 06:13PM Dikemas Kini : 07 Jan 2025 06:15PM
SINGAPURA: Pengendali lawatan berpandu dan hostel sedang meningkatkan usaha untuk memanfaatkan sektor pelancongan Singapura yang kembali pulih.

Jumlah pelancongan di negara ini meningkat 12 peratus pada 2024, berbanding 2023.

Sebagai contoh, Lets' Go Tour, berharap tawaran baharunya dapat menarik lebih ramai pelanggan. Ini termasuk lawatan berpandu ke kampung terakhir di Singapura di Kampung Buangkok.

"Pelancong dan expatriat kini berminat untuk belajar tentang keadaan Singapura sebelum terdapatnya bangunan-bangunan tinggi," kata pengurus besar syarikat itu, Kyanta Yap.

Pengendali lawatan berpandu itu juga sedang mencuba lawatan lebih berasaskan teater, dengan pelakon bertindak sebagai pemandu pelancong.

Sebuah lagi syarikat, Monster Day Tours, sudah mula menawarkan lawatan realiti tambahan (AR).

"Apa yang ingin kami lakukan ... adalah untuk memanfaatkan ciri realiti tambahan untuk membantu pemandu pelancong kami berkongsi kisah Singapura dengan lebih baik …. yang akan menghidupkan beberapa kawasan,” kata ketua pegawai operasi Byron Koh.

Kedua-dua syarikat itu menyatakan ia sudah memperkenalkan pengalaman dengan ciri-ciri 'seperti permainan' dan berusaha untuk menarik perhatian syarikat yang ingin mengadakan aktiviti untuk kakitangan mereka.

PENGALAMAN UNIK BUAT PENGINAP HOSTEL

Betel Box Hostel di Joo Chiat dan Jyu Capsule Hotel di Chinatown juga sedang berusaha untuk menyediakan pengalaman lebih unik termasuk lawatan cari makanan dan parti percuma.

Usaha tersebut dilakukan berikutan oermintaan yang bertambah pada tahun lalu.

Betel Box, yang menikmati kadar penginapan kira-kira 70 peratus
sepanjang dua dekad lalu, menyaksikan hostelnya penuh ketika bintang pop Taylor Swift mengadakan konsert di sini, menurut pengurusnya Syed Azzym Syed Othman.

Pendapatan Jyu Capsul pula meningkat 5 peratus semasa konsert Taylor Swift dan Coldplay, serta Grand Prix Formula 1 Singapura.

Namun, mereka akur pengalaman baharu perlu ditawarkan untuk mengembangkan perniagaan, tanpa hanya bergantung kepada pelancong yang mementingkan bajet.

Lagipun, acara seperti konsert tidak sering berlaku.

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT WARISAN CHINATOWN

Monster Day Tours juga berharap dengan pembukaan semula Pusat Warisan Chinatown, dapat menarik lebih ramai pelanggan. Rumah kedai tersebut dipenuhi dengan diorama yang memaparkan bagaimana penduduk hidup di Singapura sebelum merdeka.

Pusat itu ditutup ketika pandemik COVID-19, dan dijadual dibuka lewat bulan ini.

Pada 2024, Monster Day Tours menyaksikan pertumbuhan antara 10 dan 20 peratus, kata Encik Koh.

Meskipun jumlahnya memberangsangkan, perniagaan tidak pulih secepat yang diharapkan, katanya.

 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan