Pengantin lelaki ini cipta hantaran kahwin unik; serupa konsep pelan rumah
Anggaran Waktu Membaca:

Dulang-dulang hantaran kahwin disusun untuk melakar pelan konsep rumah. (Gambar: cahaya_mataku89/TikTok)
PETALING JAYA: Seorang lelaki mencuri perhatian ramai apabila menghasilkan hantaran perkahwinan unik yang direka sedemikian rupa supaya menyerupai pelan rumah, lengkap dengan susunan terperinci yang menampilkan elemen seni bina.
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok, Cahaya Mata, video itu memaparkan gubahan hantaran kreatif yang disusun dengan teliti bagi menampilkan replika lampu jalan, tanaman, serta pelbagai elemen lain yang melengkapkan konsep kediaman idaman, lapor Kosmo! Online.
“Bila suami kata biar dia yang buat hantaran untuk kedua-duanya, maka terhasillah rekaan ini. Hasil tangan suami sendiri dari rekaan sehingga menjadi satu produk. Terima kasih, suami!” tulis Cahaya Mata dalam kapsyen catatan tersebut.
Menurut laporan Kosmo! Online, usaha luar biasa si suami mendapat pujian ramai, dengan rata-rata netizen mengagumi kreativiti yang ditunjukkan dalam menghasilkan gubahan yang penuh bermakna.
“Hantaran paling unik setakat ini. Cantik sangat! Tahniah atas perkahwinan kalian,” ujar Cik Bunga.
“Air tangan arkitek ni! Tahniah akak dan suami. Semoga rumah tangga yang dibina menjadi keluarga sakinah, mawaddah, dan warahmah,” kata Umigarunk.
“Suami akak memang tahap lain. Kreatif, inovatif, dan penuh usaha! Tahniah! Semoga bahagia hingga ke syurga, insya-Allah,” komen Nxds.m, seperti dipetik Kosmo! Online.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.