Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pengambilan vitamin D berlebihan tiada manfaat, kata pakar

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Para penyelidik di Amerika Syarikat (AS) mencadangkan agar penduduknya menghentikan pengambilan berlebihan vitamin D.

Ini kerana pengambilan dos yang tinggi tidak akan mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser (barah) dan kehilangan memori. 

Pendedahan terbaru ini adalah berdasarkan kajian terhadap 26,000 individu yang mendapati bahawa pil vitamin D tidak mampu menghalang penyakit-penyakit itu.

Kajian dijalankan dengan memberi individu dos vitamin D yang tinggi serta menggunakan pil palsu selama lima tahun.

Menurut Pengarah Pusat Penyelarasan di Pusat Perubatan Sutfer Health California Pacific, Dr Steven Cummings, individu yang kurang vitamin D dilihat tidak meraih manfaat daripada pengambilan suplemen vitamin berkenaan.

"Orang ramai menggemari vitamin. Sukar untuk menidakkan vitamin ini. Sukar juga untuk mempercayai yang vitamin tidak bagus untuk anda.

"Namun dalam kes ini, vitamin D tiada manfaat, walaupun untuk mereka yang kurang vitamin itu," kata Dr Cummings.

Kajian yang sama sebelum ini mendapati vitamin D tambahan tidak mencegah penyakit berkaitan di mana jutaan rakyat AS menggunakan suplemen dos tinggi bagi mencegahnya.

Ada juga yang dilaporkan sanggup mengambil ujian darah bagi memeriksa tahap vitamin D mereka.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan