Pencemaran udara tingkat risiko barah paru-paru dalam kalangan bukan perokok
Anggaran Waktu Membaca:

Pencemaran udara menyebabkan barah paru-paru meningkat dalam kalangan bukan perokok, menjejas wanita dan penduduk di Asia Tenggara. (Gambar fail: AP/Jenny Kane)
PARIS: Pencemaran udara menyebabkan peningkatan pada bentuk barah paru-paru yang paling biasa dalam kalangan bukan perokok, menjejas teruk khususnya wanita dan penduduk di Asia Tenggara, menurut satu kajian yang diterbitkan pada Selasa (4 Feb).
Barah paru-paru adalah bentuk penyakit yang paling biasa, dengan 2.5 juta orang didiagnos menghidap penyakit tersebut pada 2022, menurut kajian itu, yang diterbitkan dalam jurnal Lancet Respiratory Medicine sempena Hari Barah Sedunia.
Kebanyakan mereka adalah lelaki tetapi terdapat peningkatan hampir sejuta kes dalam kalangan wanita.
Satu subjenis utama barah paru-paru - adenokarsinoma - telah menjadi dominan dalam kalangan wanita di 185 negara, menurut para penyelidik kajian tersebut.
"Pencemaran udara boleh dianggap sebagai faktor penting yang sebahagiannya menerangkan dominasi adenokarsinoma yang menyumbang 53 hingga 70 peratus kes barah paru-paru di seluruh dunia dalam kalangan individu yang tidak pernah merokok" menurut kajian itu.
Mereka mendapati ia meningkat dalam kalangan lelaki dan wanita dari 2020 hingga 2022, dengan tahap tertinggi dalam kalangan wanita, di mana ia menyumbang sekitar enam daripada 10 kes.
"Memandangkan kelaziman merokok terus menurun di banyak negara di seluruh dunia, perkadaran barah paru-paru pada orang yang tidak pernah merokok telah meningkat," tambah para penyelidik.
"Barah paru-paru pada orang yang tidak pernah merokok dianggarkan menjadi punca utama kelima kematian berkaitan barah di seluruh dunia, yang berlaku hampir secara eksklusif sebagai adenokarsinoma dan paling biasa pada wanita dan penduduk di Asia."
Kajian itu membentangkan penyelidikan statistik berdasarkan data daripada pemantau termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Para penyelidik berkata paras tertinggi adenokarsinoma yang dikaitkan dengan pencemaran udara dikesan di Asia Timur, khususnya China.
"Pendedahan kepada pembakaran bahan api pepejal isi rumah untuk pemanasan dan memasak boleh menjadi faktor penyebab barah paru-paru" dalam kalangan wanita Cina bukan perokok, menurut para penyelidik.

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.