Pencarian bakat MasterChef Singapore Musim ke-4 dibuka hingga 15 Jan 2023
Anggaran Waktu Membaca:
Para finalis MasterChef Singapore Musim ke-3, “Andi” Robani, S “Nares” Nareskanna dan Johnathan Chew. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Anda gemar menghasilkan resipi baru dan kreatif untuk dinikmati keluarga dan rakan-rakan anda?
Anda kini boleh menguji kepakaran kulinari anda dan mengambil bahagian dalam musim terbaru MasterChef Singapore!
Sesi uji bakat bagi Musim Ke-4 program realiti memasak popular itu dibuka sehingga 15 Jan 2023.
Ia dibuka kepada rakyat Singapura dan penduduk tetap yang sekarang ini tidak bekerja sebagai cef profesional, atau bagi mereka yang tidak pernah bekerja sebagai cef profesional.
Siri 10 episod itu akan ditayangkan pada Ogos 2023.
Menurut kenyataan media pada Khamis (20 Okt), Musim Ke-3 MasterChef Singapore, yang ditayangkan tahun ini, menjadi siri hiburan bahasa Inggeris tempatan dengan jumlah penonton tertinggi di Saluran 5 bagi 2022 setakat ini.
Dalam musim tersebut, Johnathan Chew, mahasiswa jurusan doktor pergigian mengalahkan pesaingnya S Nareskanna (atau lebih dikenali sebagai Nares) untuk memenangi gelaran MasterChef.
Selain trofi MasterChef, Chew juga membawa pulang hadiah bernilai lebih S$100,000, termasuk wang tunai SS$17,000 dan kontrak penerbitan buku.
Juri-juri dan juga cef-cef Audra Morrice, Bjorn Shen dan Damian D’Silva memberi nasihat kepada bakal peserta-peserta: "Bersiap sedia untuk menyajikan hidangan Singapura ke merata dunia, membawa hidangan tempatan ke tahap selanjutnya, dan amalan memasak mampan ke hadapan.
Anda boleh mendaftar bagi uji bakat di sini.

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.