Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pemuda 19 tahun ini lakukan perjalanan 7 hari naik 'kapcai' ke Phuket

Warga Malaysia Muhammad Aniq Izzfan Fairullizam, 19 tahun, tidak mahu terlepas peluang meneroka keunikan Thailand, selepas kerajaan Malaysia dan Thailand membuka sempadan bermula 1 April lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemuda 19 tahun ini lakukan perjalanan 7 hari naik 'kapcai' ke Phuket

(Gambar: Aniq Izzfan/Facebook)

KUALA LUMPUR: Warga Malaysia Muhammad Aniq Izzfan Fairullizam, 19 tahun, tidak mahu terlepas peluang meneroka keunikan Thailand, selepas kerajaan Malaysia dan Thailand membuka sempadan bermula 1 April lalu.

Ini lebih-lebih lagi selepas beliau terpaksa menangguhkan hasratnya menyusuli penutupan sempadan sejak dua tahun lalu.

Namun, perjalanannya bukan dengan menaiki kapal terbang mahupun kereta, tetapi hanya dengan menaiki motor 'kapcai'!

aniq
(Gambar: Aniq Izzfan/Facebook)

Aniq melakukan perjalanannya secara solo dengan menaiki motosikal Honda EX5 dari Senawang, Negeri Sembilan hingga Phuket bermula 9 Mei hingga 15 Mei lalu, lapor Harian Metro.

Malah, lebih menarik lagi, beliau hanya membuat perancangan untuk ke negara Gajah Putih itu hanya beberapa hari sebelum melakukan perjalanan tersebut.

Aniq memberitahu Harian Metro: "Saya siapkan pasport antarabangsa beberapa hari sebelum pergi ke Thailand selain hanya mendapat maklumat lanjut mengenai prosedur untuk masuk ke negara itu menerusi perkongsian netizen di Facebook.

"Motosikal hanya tukar minyak enjin sebelum memulakan perjalanan dari Senawang menuju ke Phuket menerusi Bukit Kayu Hitam.

"Perjalanan selama 25 jam itu dibuat dengan berpandukan aplikasi peta di telefon bimbit," katanya yang juga bekerja sebagai penghantar makanan.

aniq
(Gambar: Aniq Izzfan/Facebook)

Bahkan sepanjang perjalanan beliau, beliau sempat singgah antara lain di Hatyai, Patalong, Trang, Panga dan Krabi dengan jarak perjalanan 2,350 kilometer.

"Kos pengembaraan ini hanya RM950 (S$300) meliputi duit mengisi petrol, makanan dan penginapan," katanya.

Dalam masa terdekat pula, Aniq merancang untuk mengembara ke utara Thailand dengan menaiki motosikal, lapor Harian Metro.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan