Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pempengaruh YouTube cuba makanan 'paling teruk di Malaysia' termasuk tempoyak, petai dan paru goreng.

Anggaran Waktu Membaca:
Pempengaruh YouTube cuba makanan 'paling teruk di Malaysia' termasuk tempoyak, petai dan paru goreng.

(Gambar: YouTube/Best Ever Food Review Show)

KUALA LUMPUR: Malaysia terkenal dengan pilihan hidangan daripada pelbagai budaya yang disukai ramai.

Dalam pada itu, seorang pengulas makanan luar negara yang terkenal baru-baru ini merakamkan jelajah mereka di saluran YouTube Best Ever Food Review Show, untuk meneroka apa yang dikatakan sebagai "Makanan Paling Teruk di Malaysia", menurut laporan World of Buzz. 

Dalam video itu, Sonny, seorang pakar makanan, berkongsi bahawa tujuan mereka adalah untuk memahami jike hidangan ini disalah faham atau jika ia benar-benar "makanan paling teruk" di Malaysia.

Beliau berkata bahawa beliau meminta penonton mengundi makanan yang pada mereka adalah yang paling teruk di Malaysia, lapor World of Buzz. 

Berdasarkan undian, Sonny, bersama Calvin, seorang cef dan pemilik restoran yang sedang melawat Malaysia buat kali pertama, memulakan jelajah dengan mencuba sambal udang petai.

Selepas mencubanya, mereka terkejut dengan betapa enaknya petai, lebih-lebih lagi apabila dipadankan dengan udang.

Mereka turut mencuba perut ikan, bahagian ikan yang menurut penonton Sonny adalah "bahagian yang paling tidak digemari".

Perut ikan itu dimasak dengan sambal dalam minyak yang panas dan dimakan bersama nasi, seperti ditukil laporan World of Buzz. 

Sekali lagi, mereka terkejut dengan rasa hidangan tersebut, yang kini manis, masam dan lazat. Perut ikan itu juga dikatakan tidak menyerlah.

Hidangan ketiga adalah Nasi Lemak dengan paru goreng.

Sonny menjelaskan bagaimana Nasi Lemak, hidangan negara Malaysia, merupakan nasi yang dimasak dengan santan dan dihidangkan dengan sampingan seperti ayam.

Kali ini, Sonny dan pasukannya memilih paru goreng. Selepas merasanya, mereka terkejut kerana paru itu lebih rangup dan kenyal daripada yang dijangka, dengan rasa yang menyerap bahan-bahan lain.

Mereka juga membuat pilihan untuk mencuba durian, buah paling busuk yang kini dilarang di hotel serta lapangan terbang, yang dimasak dengan ikan.

Ternyata, mereka juga kagum dengan masakan gulai tempoyak ikan patin, walaupun ia dihidangkan begitu sahaja.
Sumber : Sumber Web/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan