Skip to main content

Gaya Hidup

Pempengaruh India dikecam tonyoh cili pada bibir supaya kelihatan besar

Anggaran Waktu Membaca:
Pempengaruh India dikecam tonyoh cili pada bibir supaya kelihatan besar

(Gambar: shubhangi_anand__/Instagram)

NEW DELHI: Seorang pempengaruh media sosial di Delhi, India mengundang kecaman orang ramai kerana menyapu cili hijau pada bibirnya supaya ia kelihatan lebih besar, lapor stesen penyiaran NDTV pada Ahad (8 Dis).

Video yang dimuat naik ke platform Instagram akaun @shubhangi_anand__ menunjukkan wanita itu mengambil dua biji cili lalu memotongnya dengan gunting.

Dia kemudian menggosok cili-cili tersebut pada bibirnya selama beberapa minit.

Meskipun berasa pedih, dia tetap meneruskan proses itu sehingga bibirnya menjadi bengkak dan kelihatan lebih besar.

Dia kemudian meletakkan gincu berwarna merah jambu.

Rakaman itu meraih lebih 22.7 juta tontonan dan menimbulkan kekecohan di ruangan komen.

“Dia (wanita berkenaan) sanggup melakukan apa sahaja demi kandungan laman sosial,” sindir seorang netizen.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita