Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Peminat Malaysia jual rambut bintang YouTube iShowSpeed pada RM100,000

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat Malaysia jual rambut bintang YouTube iShowSpeed pada RM100,000

(Gambar: Facebook Marketplace)

KUALA LUMPUR: Bintang sensasi Youtube Darren Jason Watkins Jr, atau yang lebih dikenali sebagai iShowSpeed tiba di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah Asia Tenggaranya awal bulan ini.

Namun, sementara warganegara Amerika Syarikat itu menikmati budaya tempatan, lawatannya ke Malaysia turut memberikan satu kejutan apabila seorang peminat mengatakan bahawa telah mengambil beberapa keping rambutnya yang diikat, menurut laporan SAYS.


Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik online, peminat berkenaan kelihatan telah menarik kepala Watkins dan memotong dua ikatan rambut.

Beliau kini menjualnya sebagai cenderahati yang unik di Facebook Marketplace pada harga RM100,000 (S$31,000), lapor SAYS.

"Produk" itu dikatakan sebagai barangan "baharu", dan penjual itu menyatakan bahawa ia rambut yang "diambil sendiri" itu adalah daripada bahagian belakang kepada iShowSpeed.

Malah individu yang sama turut menjual sebuah topi keledar yang serupa dengan apa yang dipakai oleh Watkins ketika beliau beraksi seperti 'mat rempit', pada harga RM250,888 (S$77,900).

Harga pasaran bagi topi keledar itu adalah RM52 (S$16), menurut SAYS.

Namun tidak jelas sama ada catatan itu benar atau hanya sebagai aksi yang bertujuan untuk memanfaatkan lawatan tular warga Amerika itu.

Memberi reaksi terhadap kiriman itu, netizen mencadangkan bahawa penjual sepatutnya meminta Watkins menandatangani topi keledar itu, sambil menambah bahawa walaupun begitu, RM20,000 (S$6,213) tetap keterlaluan.
Sumber : Sumber Web/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan