Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pemilik Limpeh Barbershop ini cekal dalam industri didominasi kaum Adam, mahu bimbing generasi muda

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebagai seorang tukang gunting rambut, Cik Siti Rafidah Osman tidak terfikir bahawa jantina tukang gunting rambut akan menjadi isu kepada para pelanggan.

Ini sehinggalah beliau buka sendiri kedai gunting rambut lelaki, 'Limpeh Barbershop' sembilan tahun lalu.

“Anda boleh nampak bagaimana mereka (pelanggan) berkelakuan sebelum dan selepas mengetahui saya pemilik. Anda boleh tahu dengan cara mereka bercakap.” ujar Cik Siti Rafidah kepada wartawan, Fatyn Abdul Samad.

Beliau juga berkongsi ada pelanggan yang sanggup batalkan tempahan slot setelah mendapat tahu rambut mereka akan digunting olehnya - seorang wanita.

Namun, beliau faham sentimen mereka dan tidak berasa kecil hati.

Menyedari mungkin ramai yang tidak selesa dengan rambut mereka digunting dan digayakan oleh seorang wanita, beliau memutuskan untuk meletakkan notis.

Ia ibarat 'disclaimer' untuk memberitahu pelanggan bahawa tukang gunting rambut di situ merupakan seorang wanita.

“Kalau orang selesa, selesa. Jika tidak selesa, tidak selesa saya tidak akan rasa kecil hati.” kata Cik Siti Rafidah
Gambar: Siti Rafidah Osman

Demikian antara cabaran yang dihadapinya dalam menongkah aliran kebiasaan dalam masyarakat iaitu melihat seorang wanita menjadi tukang gunting rambut lelaki.

Ia juga tidak mematahkan semangat usahawan muda ini.

Walaupun bersaing dalam industri yang didominasi lelaki, Cik Siti Rafidah, 32 tahun terus bertekad untuk melakukan perkara yang diminatinya.

“Memotong rambut adalah satu bentuk seni. Saya suka melakukan sesuatu dengan tangan saya” kata Cik Siti Rafidah

Sebelum menjadi tukang gunting rambut, beliau bekerja sebagai pereka grafik.

MENYOKONG TUKANG GUNTING RAMBUT YANG LEBIH MUDA

Ketika memulakan kerjayanya sebagai tukang gunting rambut 10 tahun lalu, Cik Siti Rafidah menyatakan bahawa industri itu tidak begitu kompetitif seperti sekarang.

“Masa sekarang, ramai anak muda menceburkan diri menjadi tukang gunting rambut dan usahawan.” kata Cik Siti Rafidah.

Beliau menekankan bahawa anak muda yang ingin membuka perniagaan gunting rambut tidak harus tertumpu semata-mata untuk meraih keuntungan.

Gambar: Siti Rafidah Osman
Setelah menguruskan kedai gunting rambutnya sendiri, dia melihat ramai tukang gunting rambut datang dan pergi.

Beliau mahu membimbing tukang gunting rambut yang lebih muda dan menyokong mereka dalam mengejar impian mereka.

Beliau menasihatkan bahawa terdapat pertimbangan lain, seperti pengurusan orang dan mendapatkan tenaga kerja yang betul adalah penting.

Dengan sikap yang betul, dia percaya perniagaan boleh kekal.

“Jangan seperti 'aku lebih baik daripada tukang gunting rambut yang lain'. Kami membina komuniti yang kami temui, supaya kami semua dapat mendidik satu sama lain tetapi jika ada tukang gunting rambut yang hanya ingin kekal dalam lingkaran mereka dan belajar sendiri, ia mustahil untuk berkembang.” kata Cik Siti Rafidah.

Cik Siti Rafidah bukan seorang yang berputus asa.
Gambar: Fatyn Abdul Samad
Setelah beroperasi selama 8 tahun di Bedok North, Limpeh Barbershop berpindah pula ke Changi Road kerana kos sewa yang tinggi di lokasi sebelumnya.

“Kami harus mencari tempat yang lain untuk gunting rambut kerana saya rasa perniagaan ini tidak boleh berhenti. Kedai gunting rambut ini, bukan masanya untuk berhenti.” kata Cik Siti Rafidah.

Anda boleh ikuti lebih banyak perkongsian Cik Siti Rafidah dalam siri video "Buat Apa Itu?" di laman media sosial BERITA Mediacorp.
Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan