Pemilik kucing ini terkejut dengan tabiat pelik haiwan peliharaannya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Instagram/ ellawatchestv_
LONDON: Idea memelihara kucing memang nampak mudah tetapi perlu diingatkan untuk memahami tabiat haiwan comel tersebut dan ini mungkin memerlukan masa.
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai pemilik kucing, Cik Emily yang berkongsi tabiat pelik kucing peliharaannya itu.
“Ada ‘sesuatu’ yang tersembunyi dalam kertas persetujuan ketika mengambil Ella,” tulis Cik Emily.
Dalam entri berkenaan, wanita itu berkongsi tabiat pelik Ella iaitu gemar menonton rancangan kartun di televisyen.
Dalam pada itu, Cik Emily memberitahu suaminya mengenai rancangan untuk memelihara anak kucing dan bukan kucing berusia 10 tahun.
Tambah Cik Emily, pada awalnya dia berfikir Ella yang berusia 10 tahun sewaktu dimilikinya adalah seekor kucing yang 'mudah'.
“Sangkaan saya meleset. Saya akan dikejut Ella setiap pagi dan Ella akan meminta saya untuk buka rancangan kartun di televisyen,” katanya.
Video yang dimuat naik ke akaun Instagram @ellawatchestv_ itu disiar semula menerusi akaun Instagram "Cats Doing Things" yang memiliki seramai 1.5 juta pengikut.

Menurut tinjauan Astro AWANI di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Ella sebagai kucing yang santai dan luar biasa.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.