Pemandu penghantaran buka gerai Yakiniku; jual daging Wagyu Striploin dari harga $4

(Gambar-gambar: Yugo Yakiniku)
SINGAPURA: Sejak tahun lalu, semakin banyak gerai baru yang menawarkan hidangan "yakiniku", atau daging yang dipanggang gaya Jepun secara DIY, pada harga yang boleh dimampui.
Yang terbaru, ialah Yugo Yakiniku, milik anak Melayu/Islam. Ia dibuka pada 1 Oktober lalu di sebuah kopitiam Jurong West.
Yugo menawarkan menu 'fusion' dengan pilihan kecil daging-daging yang diperap dengan perisa Asia Tenggara seperti perapan sate. Anda juga boleh mendapatkan "donburi", yang dijual sepanjang hari. Manakala, hidangan "yakiniku" hanya dihidangkan semasa makan malam pada Isnin hingga Sabtu dan sepanjang hari pada hujung minggu.
Yugo diasaskan oleh Cik Carol Ting, 34 tahun, dan Encik Mohammad Aryaan, 24 tahun. Kedua-duanya merupakan pemandu penghantaran sebelum ini.
Meskipun mereka hanya mengenali antara satu sama lain di tempat kerja beberapa bulan yang lalu, mereka memutuskan untuk berkecimpung dalam bidang makanan dan minuman (F&B) bersama-sama kerana mereka berdua gemar memasak.
Meskipun tidak begitu mengetahui tentang yakiniku, mereka memutuskan untuk meneruskan perniagaan tersebut disebabkan kurangnya hadangan untuk menyertai pasaran tersebut.
Menurut Cik Carol, "ia merupakan pilihan yang paling mudah kerana kami hanya memerlukan sedikit pengetahuan dari segi memasak. Kami hanya perlu mendapatkan potongan dan gred daging-daging yang baik, dan tahu cara untuk mengendalikan (daging-daging) itu untuk membangkitkan rasanya."
Menu Yugo menawarkan empat jenis mangkuk nasi dan 12 variasi ayam dan daging lembu, termasuk termasuk potongan Angus and wagyu striploin (dari harga $4), selain daging ayam bahagian paha berperisa "sate" dan dendeng.
Seperti gerai-gerai lain yang menjual hidangan "yakiniku", selepas membuat pesanan anda, daging akan dihantar ke meja di mana anda boleh memanggangnya sendiri atas pemanggang mudah alih yang kecil.
Daging yang dipanggang itu juga boleh dilengkapi dengan dua sos yang dibuat sendiri di gerai itu, iaitu sos "sambal" dan sos "yakiniku".
Yugo Yakiniku terletak di 557 Jurong West St 42 dan dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dari pukul 11.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di laman yugoyakiniku.com, akaun Facebook dan Instagram milik Yugo Yakiniku.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.