Pelbagai aktiviti, pameran diadakan sempena konsert Blackpink di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelbagai aktiviti dan pameran diadakan di seluruh Singapura pada November ini sempena konsert tiga hari kugiran K-Pop Blackpink di Stadium Negara.
Zon-zon pengalaman 'In Your Area' akan diadakan di kawasan berhampiran Stadium Negara.
Mulai hari ini hingga 30 November, zon-zon bergambar itu diilhamkan daripada video muzik Blackpink.
Sementara itu di Stadium Riverside Walk Fountain pula, terdapat latar belakang bertema dan dipasang lampu untuk mereka yang berminat untuk bergambar.

Bagi mereka yang ingin membeli cenderamata Blackpink, anda boleh ke kedai 'pop-up' Deadline di Kallang Leisure Park mulai 25 November hingga 30 November.
Pelbagai cenderamata Blackpink dijual di kedai tersebut. Anda boleh membeli pelbagai barang bertemakan Blackpink seperti kemeja-T, topi, jaket hoodie dan banyak lagi.
Bagi setiap pembelian S$80, anda akan menerima kad-kad gambar anggota Blackpink, dengan empat kad untuk dikumpulkan.

Menjelang konsert Blackpink di Snigapura, pastikan anda hafal seni kata lagu-lagu kumpulan itu. Malah, anda boleh berbuat demikian dengan mengunjungi Supertree Grove di Taman di Pesisiran.
Satu pertunjukan cahaya dan muzik akan diadakan pada pukul 8.00 malam pada 26 dan 27 November, di mana lampu-lampu pada Supertrees akan hidup mengikut dendangan lagu Blackpink seperti 'Kill This Love' dan 'Forever Young' untuk tempoh selama 20 minit.
Lebih menarik lagi, kesemua Supertrees di Taman di Pesisiran akan bercahayakan lampu berwarna merah jambu pada kedua-dua malam itu.

Selain itu, Singapore Flyer juga akan bercahayakan lampu berwarna merah jambu pada 27 hingga 30 November.
Para peminat Blackpink yang berada di Lapangan Terbang Changi, tidak harus melepaskan peluang menaiki Skytrain yang bertema Blackpink dan melakukan aktiviti-aktiviti lain di semua terminal.
Blackpink, yang terdiri daripada empat anggota iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa, akan membuat persembahan di Stadium Negara pada 28 hingga 30 November - menjadikannya kumpulan K-pop wanita pertama yang membuat persembahan selama tiga malam berturut-turut di lokasi tersebut.
Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.