Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pelanggan minta Milo Dinosaur dan Nasi Ayam, terima ‘Nasi Ayam Milo tabur banyak’

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan minta Milo Dinosaur dan Nasi Ayam, terima ‘Nasi Ayam Milo tabur banyak’

(Gambar: KBH Chicken Rice/Facebook)

JOHOR BAHRU: Sempena meraikan semangat Krismas yang sebenar, sebuah restoran di Johor Bahru berusaha keras untuk memenuhi permintaan pelanggan bagi lebih banyak serbuk Milo.

Berkongsi di Facebook, restoran nasi ayam Kang Bee Hong menyatakan bahawa mereka menerima permintaan 'pelik' daripada pesanan makan tengah hari GrabFood pada hari Selasa, 27 Disember.

Pelanggan itu meninggalkan nota panjang di bawah pesanan nasi ayam panggang mereka, dengan meminta kakitangan restoran untuk menambah banyak serbuk Milo kerana dia berasa amat sedih ketika menyambut musim perayaan.

“Pada hari Krismas, ahli keluarga tidak menghubungi saya. Saya amat patah hati. Tetapi saya sangat suka serbuk Milo ‘gao gao’ (banyak-banyak). Bolehkah anda membantu saya menambah serbuk Milo dalam kuantiti yang banyak?. Seolah menabur serbuk itu untuk dunia akan kiamat, sehingga anda mempersoalkan erti kemanusiaan, sehingga anda mula tertanya-tanya sama ada anda dan saya masih waras, tetapi tidaklah terlalu banyak sehingga anda berisiko untuk dipecat oleh bos anda. Terima kasih,” minta pelanggan itu.

Malangnya, restoran nasi ayam Kang Bee Hong seakan "tidak faham" tentang pesanan untuk menambah serbuk Milo itu.

“Kami cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan pelanggan,” restoran itu dengan gembira melaporkan dalam catatan Facebook mereka.

Dalam gambar lain, kakitangan restoran itu menunjukkan mereka sudah menyempurnakan pesanan itu mengikut kehendak pelanggan, malahan melukis ucapan Krismas dengan gambar Santa Claus yang comel pada kotak bawa pulang.

Restoran itu, bagaimanapun, menarik perhatian kepada resit GrabFood, yang termasuk pesanan untuk Milo dinosaur, mencadangkan mereka tahu ada sesuatu yang tidak kena sejak mula.

Tidak pasti sama ada kakitangan restoran itu sekadar bergurau
atau tersilap faham apabila "permintaan bagi serbuk Milo yang banyak" ditambah pada nasi ayam, dan bukannya pada minuman.

Hantaran itu membuat ramai netizen yang berdekah melihat nasi ayam MILO tabur itu.

Sementara itu, ramai juga secara gurauan memuji restoran itu kerana perkhidmatan pelanggan mereka yang cemerlang:

“Anda semua sanggup menurut sepenuhnya hajat dan permintaan pelanggan, saya bagi 100 markah.”
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan