Skip to main content

Gaya Hidup

Pelakon, usahawan M'sia Hanis Zalikha kongsi panduan anak-anak seronok ke sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Lain orang, lain cara mereka mendidik anak-anak. Kalau ikutkan masa kini, zaman di mana media sosial boleh dijadikan rujukan terutamanya dalam membesarkan anak-anak. Kalau diikutkan, ramai selebriti gemar berkongsi didikan anak-anak mereka di laman sosial masing-masing. Cuma, sesuai untuk kita praktikkan atau tidak sahaja untuk anak-anak.

Tak terkecuali, pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha baru-baru ini sempat berkongsi tip anak-anak ke sekolah dalam mood seronok, lapor Keluarga MY.

Berikut ini, bagaimana usaha Hanis Zalikha dan suaminya, Hairul Hazreen menjadikan anak-anak rasa hendak bangun pergi ke sekolah itu sesuatu yang seronok!

“MasyaAllah alhamdulillah. Pergi sekolah dengan simple & seronok!

“Nombor satu yang mudahkan kami adalah dari bayi dah mulakan rutin tidur awal. Disiplin waktu tidur sampai sebati dengan "body clock" dan jadi mudah bangun awal, tulisnya.

Dalam pada itu, Hanis atau lebih mesra disapa Kek Nis turut menyarankan ibu bapa untuk mengajar anak-anak kemahiran bersosial seperti bermain dengan sepupu, anak kawan-kawan, bermain sukan, menurut laporan di Keluarga MY itu.

“Apa saja yang membiasakan dia dengan komunikasi dunia luar (selain ibu bapa). Insya-Allah ini akan mudahkan transisi nak ‘break the ice’ di sekolah dan jalin persahabatan.

“Kenal nama kawan anak-anak. Beri perhatian bila mereka bercerita perihal kawan-kawan dan gunakannya untuk sentiasa ersembang dengan anak-anak,” katanya lagi.

Selain itu, sebelum ke sekolah, sama-sama buat persiapan dengan membantu mereka dan buatkan sarapan untuk mereka lebih bersemangat!

“Selalu bersama-sama siap ke sekolah. Buatkan sarapan, bantu persiapan mereka atau ibu bapa sendiri hantar ke sekolah. Yang mana mampu, asalkan bersama-sama siap ke sekolah’ bertenaga seperti dinukil Keluarga MY.

“Terimalah ada hari yang lebih sukar, sebab kita pun liat nak pergi sekolah kadang kala. Tapi sehabis baik kawal keadaan dan emosi supaya mood seharian (seisi rumah) tidak terganggu.” tambahnya.
Sumber : Sumber Web/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita