Skip to main content

Gaya Hidup

Pelajar reka ruang permainan di kolong blok bagi kucing terbiar berehat

Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap nasib kucing-kucing terbiar, seorang pelajar jurusan Rekaan Produk dari Kolej Seni Lasalle mereka beberapa pemasangan di kolong blok untuk kucing-kucing liar berehat, makan dan bermain.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar reka ruang permainan di kolong blok bagi kucing terbiar berehat

Gambar ihsan: Evan Tan.

Diterbitkan : 05 Jun 2021 02:22PM Dikemas Kini : 05 Jun 2021 02:24PM

SINGAPURA: Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap nasib kucing-kucing terbiar, seorang pelajar jurusan Rekaan Produk dari Kolej Seni Lasalle mereka beberapa pemasangan di kolong blok untuk kucing-kucing liar berehat, makan dan bermain.

Projek itu dijalankan sebagai sebahagian daripada projek akhir tahunnya, menurut laporan Mothership.

Pelajar itu, Evan Tan, mendapat ilham menghasilkan ruangan sedemikian setelah beliau merasakan bahawa kehadiran kucing-kucing terbiar tidak selalu diterima ramai dan kesedaran yang tidak mencukupi tentang kesukaran yang dihadapi haiwan-haiwan itu.

Projek bertajuk "Just Let Us Live Lah!" memaparkan tiga ruangan bagi tiga komponen utama dalam kehidupan harian seekor kucing iaitu makan, berehat dan bermain.

Ketiga-tiga rekaan itu dinamakan "Tabiat Makan", "Tabiat Berehat" dan "Tabiat Keinginan Tahu", seperti dinukil laporan Mothership.

Setiap rekaan itu diperbuat daripada kepingan logam aluminium yang disaluti dengan lapisan serbuk, kata Tan.

Beliau menambah bahawa kepingan gabus ditambah pada rekaan itu kerana tekstur gabus dipercayainya digemari kucing.

RANCANGAN MASA HADAPAN

Tan berharap rekaannya itu, jika ia dipasang, bukan hanya mewujudkan ruang selamat untuk kucing berkeliaran namun menggalakkan interaksi antara orang ramai dan kucing-kucing terbiar di ruang sama.

Ini akan mewujudkan wadah bagi para penduduk untuk berbual tentang kucing-kucing masyarakat, seperti dinukil laporan Mothership. 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita