Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pelajar Filipina pamer sisi kreatif; cipta topi 'elak meniru' dalam peperiksaan

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar Filipina pamer sisi kreatif; cipta topi 'elak meniru' dalam peperiksaan

(Gambar: Mandane-Ortiz R Mary Joy/ Facebook)

FILIPINA: Sekumpulan penuntut kejutureraan di Filipina menarik perhatian ramai baru-baru ini selepas mereka mempamerkan daya kreativiti masing-masing untuk mengelak meniru semasa peperiksaan, lapor Coconuts.

Mary Joy Mandane-Ortiz, seorang anggota fakulti di Kolej Kejuruteraan Universiti Bicol, meminta pelajarnya supaya membuat "topi antimeniru" untuk dipakai semasa peperiksaan pertengahan penggal pada 17 dan 18 Oktober.

Bagi mencegah mereka meniru kerja satu sama lain, Cik Ortiz memberi pelajarnya kebebasan kreatif untuk mereka bentuk 'topi' mereka sendiri.

Beliau jelas terkejut dengan hasilnya selepas mereka mengambil cabaran itu dengan serius sehingga menarik perhatian ramai warganet.
Dari topi keledar ala pahlawan Sparta hingga kepada yang diperbuat daripada karton telur hingga ke penyangkut pakaian, pelajar-pelajar itu jelas berjaya memenuhi tunutan kerja sekolah dengan daya kreatif mereka.

Menurut Coconuts, Cik Ortiz berkongsi bahawa idea itu diilhamkan daripada sebuah universiti di Thailand, yang sebelum ini memakai "topi keledar elak meniru" semasa peperiksaan mereka, seperti diusulkan seorang pelajar.
"Saya sangat bangga dengan hasil pelajar saya kerana peperiksaan pertengahan penggal boleh membawa tekanan, namun mereka tetap dapat menyuntik warna dan keseronokan. Terima kasih banyak-banyak, pelajar.Anda membuat saya begitu bangga sekali," kata Cik Ortiz di laman Facebook, seperti dinukil Coconuts.
Sumber : Sumber Web/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan