Pekedai murah hati di Pulau Pinang ini sedekahkan kipas elektrik kepada pelanggan OKU
Di tengah-tengah langkah sekatan COVID-19 di M'sia yang menjejas mata pencarian ramai, kisah ini memberi sinar harapan...
(Gambar: Facebook/Penang Kini)
PETALING JAYA: Seorang pemilik kedai di Pulau Pinang dengan rela hati mendermakan sebuah kipas kepada pelanggan Kurang Upaya (OKU) setelah mendapati pelanggan itu tidak mampu membelinya.
Malay Mail melaporkan bahawa baru-baru ini (26 Mei), pemilik kedai Nur Asyifa Ajis ternampak seorang lelaki berjalan terhincut-hincut memasuki kedainya.
Pemilik kedai Dr Kipas itu, memberitahu Malay Mail bahawa beliau kemudian terperasan pakcik itu memakai kaki palsu.
“Beliau ingin membeli sebuah kipas angin.
“Namun setelah dapat tahu harga kipas itu RM200 (S$64), beliau berubah fikiran setelah mengira wangnya.
“Saya tahu yang beliau tidak mempunyai cukup wang dari cara beliau mengira wang yang ada di dalam dompetnya."
Nur Asyifa berkata beliau merasa simpati setelah mendapat tahu lelaki itu tidak mempunyai cukup wang lalu memutuskan untuk memberinya secara percuma.
"Apabila saya memberitahunya kipas itu percuma, beliau menitiskan air mata kesyukuran," katanya kepada Malay Mail.
"Awalnya, beliau berkata akan kembali ke kedai setelah mengumpulkan wang yang cukup, tetapi saya menolak dan menyuruhnya mengambil kipas itu secara percuma.
"Saya bersyukur Tuhan membawanyake kedai saya kerana saya dapat membantu beliau," ujar Nur Asyifa.
Catatan di laman Facebook kedainya menerima lebih 10,000 tanda suka atau 'Like', dengan ramai menyuarakan harapan lebih banyak derma boleh dihulurkan kepada lelaki itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.