Skip to main content

Gaya Hidup

Pasar mini di China ini paling sukar dikunjungi di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Pasar mini di China ini paling sukar dikunjungi di dunia

Gambar: Media sosial

Diterbitkan : 17 Aug 2023 11:03PM Dikemas Kini : 17 Aug 2023 11:04PM
BEIJING: Sebuah pasar mini di China menjadi perhatian pengguna media sosial kerana terletak di sebuah lereng, menyebabkan ia digelar ‘pasar mini paling menyukarkan di dunia’, lapor akhbar Daily Star.

Terletak di Taman Negara Geologi Shiniuzhai, dalam wilayah Hunan, kedai tersebut dibina pada ketinggian 120 meter dari darat dan terletak di tengah-tengah lereng.

Kedai kecil dibina daripada kayu itu membekalkan makanan yang memberikan nutrisi kepada para pendaki ketika mereka mendaki bongkah gunung batu yang sukar itu, menurut akhbar Daily Star.

Beberapa gambar yang dikongsikan di platform X baru-baru ini menunjukkan kedudukan kedai tersebut, membuatkan ramai netizen terpegun.

“Di wilayah Hunan di China, pada ketinggian 120 meter di tepi lereng, terdapat sebuah kedai menjual makanan ringan dan minuman kepada pendaki.

“Pekerja kedai menambah stok barangan menggunakan zipline, bagi menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dengan pemandangan menakjubkan,” demikian menurut hantaran itu.

Hantaran tersebut tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Hebat sekali! Adakah pekerja perlu mendaki setiap hari untuk pergi kerja?” kata seorang pengguna, dipetik daripada akhbar Daily Star.

“Ia sangat hebat! Satu cara inovatif untuk menggabungkan pemandangan menakjubkan dan kemudahan kepada pendaki,” kata pengguna lain.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita