Pasangan muda bukti usia bukan halangan untuk berjaya dalam perniagaan reka bentuk dalaman
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apabila Encik Mohamed Syahir Khan Mohamed Sher Khan dan isterinya Cik Safi Arinah Sa'ad memulakan syarikat reka bentuk dalaman Laiian pada Mac 2023 lalu, ramai yang ragu-ragu.
Ini kerana pasangan suami isteri yang baharu lebih setahun berumahtangga itu masih lagi muda.
Encik Syahir berusia 32 tahun manakala Cik Arinah pula baharu berusia 22 tahun.
“Awak dua-dua ini muka muda, awak betul boleh buat ke? Kami mengubah persepsi itu adalah dengan ilmu,” kongsi Encik Syahir bersama wartawan Fatyn Abdul Samad.

MINAT DALAM REKA BENTUK DALAMAN SEJAK DARI KECIL
Sebelum mengasaskan Laiian Encik Syahir bertugas sepenuh masa dengan pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama sembilan tahun.
Selepas itu, beliau memutuskan untuk memenuhi minatnya dalam bidang reka bentuk dalaman dengan menimba pengalaman dengan pelbagai firma reka bentuk dalaman sebagai kontraktor.
Berbekalkan pengalaman itu, beliau memutuskan untuk berganding bahu bersama isterinya yang berkelulusan diploma dalam bidang reka bentuk dalaman Politeknik Singapura (SP).
"Kami cuba memahami gaya hidup, hobi dan cara mereka ekspresikan diri. Ini membolehkan kami 'tangkap' dan mencipta reka bentuk dalaman yang benar-benar mencerminkan personaliti pelanggan kami," kata Encik Syahir.
Cik Arinah dan Encik Syahir memanfaatkan media sosial juga untuk memaparkan projek-projek mereka.
Kandungan mereka di Tiktok dan Instagram yang mempamerkan hasil kerja serta hubungan mereka dengan pelanggan telah meraih banyak tontonan, ada yang mencecah puluhan ribu.

MENGAMBIL RISIKO DALAM 20-an
Sebelum meninggalkan tentera, Encik Syahir mendapat nasihat daripada seorang senior yang kekal bersamanya sehingga kini.
"Semasa kamu berusia 20 hingga 30 tahun, belajar seberapa banyak yang anda mampu - itu nasihatnya kepada saya,” ujar Encik Syahir.
Cik Arinah gembira mengambil risiko untuk memulakan perniagaan bersama suami pada usia yang begitu muda.
Meskipun keupayaan sering dipersoalkan, mereka percaya pengetahuan dan kemahiran mereka yang telah meyakinkan pelanggan untuk mempercayai perkhidmatan yang mereka tawarkan.
“Beliau mahir daripada segi teknikal dan saya membincangkan tentang reka bentuk. Keseimbangan antara kedua-dua ini membuatkan memberi pelanggan kepercayaan bahawa kami tahu apa yang kami lakukan. Kami fikir kami akan capai tahap sekarang dalam masa satu atau dua tahun,” kata Cik Arinah.
Hanya dalam satu setahun, Laiian telah berkembang dengan empat pekerja sepenuh masa dan berjaya menyiapkan lebih 35 projek.
Berniaga sendiri ada cabarannya.
Pasangan muda ini perlu mengimbangi masa dalam perniagaan serta hubungan mereka sebagai rakan niaga dan juga suami isteri.
“Apabila kami menjalankan perniagaan, kami tidak mempunyai masa untuk nikmati masa sebagai pasangan suami isteri. Kami belum pergi berbulan madu,” seloroh Cik Arinah
Pasangan itu seronok dapat menjalankan perniagaan bersama-sama kerana setiap masa yang dihabiskan bersama dilaburkan dengan baik dan membawa banyak kepuasan.
Anda boleh ikuti lebih banyak perkongsian Cik Arinah dan Encik Syahir dalam siri video "Buat Apa Itu?" di laman media sosial BERITA Mediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.