Pasangan Cina ini hasilkan baju Melayu, baju kurung pada harga hanya RM50
Anggaran Waktu Membaca:
Sur Wing dan isterinya, Rita menjual baju Melayu dan Kurung pada harga serendah RM50 sepasang. (Gambar: BERNAMA)
KLUANG: Ingin membantu golongan B40 dan berpendapatan rendah mendapatkan baju Raya yang selesa, itulah antara sebab pasangan yang berbangsa Cina, Chee Sur Wing, 32 tahun, dan isterinya Rita Too Wan Er, 31 tahun, menjual baju berkenaan pada harga serendah RM50 sepasang.
Encik Chee berkata, tahun ini merupakan tahun kedua mereka menjualnya pada harga sedemikian dan usaha itu diteruskan kerana mendapat sambutan yang menggalakkan, sehingga mereka mampu menjual kira-kira 10,000 pasang pada tahun lalu.
Beliau berkata, antara yang dihasilkan adalah baju Melayu Cekak Musang, baju Melayu Johor (Teluk Belanga), baju kurung (untuk wanita) dan baju kebaya yang kesemuanya berharga RM50 sepasang yang boleh didapatkan dengan pelbagai saiz sehinggalah 7XL.
"Walaupun dijual dengan harga RM50 sepasang, tetapi kami pentingkan kualiti terutamanya pada jenis kain dan jahitan yang menggunakan kain jenis satin serta 'Como Crepe', selain menggunakan benang yang baik agar ia mampu bertahan lama.
"Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan tahun lalu, kami telah membuka tempahan awal tahun ini dengan tempahan dibuka sejak bulan Januari lagi dengan kira-kira 20,000 pasang baju telah terhasil tahun ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Encik Chee yang menggunakan jenama 'Pahlawanku' berkata, baju yang dihasilkannya itu hanya dijual di daerah Kluang dan sekitarnya kerana hasratnya adalah untuk membantu mereka yang berada di kawasan tempat kelahirannya terlebih dahulu.
Beliau berkata, buat masa ini baju yang dihasilkan dijual di kedainya di bandar Kluang bagi tempahan serta bazar Aidilfitri dan juga di Kluang bagi yang telah siap dengan pelbagai saiz.
"Untuk tahun ini kami juga menjual baju dengan harga pakej iaitu RM180 untuk sekeluarga dengan sepasang baju lelaki dewasa, sepasang baju kanak-kanak lelaki, sepasang baju wanita dewasa dan sepasang baju kanak-kanak perempuan.
"Selain itu, kami turut menjual pelbagai jenis kurta dengan harga bermula daripada RM15," katanya yang turut mendapat idea untuk menjual baju Raya dengan harga yang murah daripada kenalannya yang berbangsa Melayu.
Encik Chee dan Rita turut sering terlibat dengan aktiviti kebajikan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin (wakil rakyat) tempatan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.