Skip to main content

Gaya Hidup

Pantai khas pertama wanita dibuka 24 jam di Dubai

Anggaran Waktu Membaca:
Pantai khas pertama wanita dibuka 24 jam di Dubai

Pemandangan pantai di Dubai. (Gambar: Christoph Schulz/Unsplash)

Diterbitkan : 26 May 2026 09:32PM Dikemas Kini : 26 May 2026 09:33PM
DUBAI: Pemerintah Dubai membuka pantai khas wanita yang beroperasi 24 jam pertama seumpamanya di dunia sebagai sebahagian daripada projek pembangunan semula pesisir pantai bernilai AED3 bilion (kira-kira S$1.04 bilion).

Kemudahan tersebut terletak di Pantai Al Mamzar dan direka bagi menawarkan privasi, keselesaan serta keselamatan kepada penduduk tempatan dan pelancong wanita, lapor Independent.

Kawasan seluas 125,000 meter persegi itu dikelilingi pagar privasi tinggi untuk menghalang pandangan luar, selain dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan wanita termasuk pengawal keselamatan dan penyelamat.

Bagi memastikan privasi, larangan mengambil gambar dikuatkuasakan sepenuhnya dengan sokongan sistem pemantauan keselamatan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Pantai itu turut dilengkapi sistem pencahayaan lampu limpah berintensiti tinggi bagi membolehkan aktiviti pada waktu malam, sekali gus memberi alternatif kepada wanita mengelakkan cuaca panas siang hari.

Kanak-kanak lelaki di bawah enam tahun dibenarkan masuk bersama penjaga wanita, manakala lelaki dewasa serta kanak-kanak lelaki enam tahun ke atas tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut.

Projek pembangunan di bawah Pelan Induk Pantai Awam Dubai itu turut menyasarkan peningkatan kapasiti pantai sehingga 170 peratus, selain menyediakan laluan pejalan kaki, trek basikal dan zon kecergasan.
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita