Panduan untuk pesakit semput, gout, anemia yang ingin makan daging

(Gambar: Aizam Omar)
MALAYSIA: Umumnya daging merupakan antara jenis makanan yang sering dimasak dengan pelbagai menu untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan untuk kita sekeluarga.
Selain enak dimakan, daging juga merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh badan, seperti dikongsikan Astro AWANI, dipetik daripada majalah Keluarga.
Namun, tahukah anda bagi mereka yang mempunyai penyakit semput, gout, atau anemia, ada pantang larangnya dalam pengambilan daging. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Suri Roowi, seperti dinukil Astro AWANI.
Jadi sila ambil perhatian, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
1. Bagi pesakit semput, daging yang sudah diproses seperti burger dan sosej kurang elok dimakan berlebihan. Kajian ke atas 971 orang selama tujuh tahun mendapati memakan daging yang sudah diproses berlebihan memburukkan lagi gejala semput.
2. Bagi pesakit gout, daging seeloknya dipotong kecil atau dicincang, dibasuh seterusnya direbus terlebih dahulu.
Ini akan turunkan kandungan purine (penyebab gout) sebanyak 25 peratus.
3. Daging pula, jangan dimasak terlalu lama kerana memasak pada masa lama akan hasilkan purine yang lebih banyak.
4. Kurangkan juga memakan daging merah. Ini kerana daging merah mengandungi kandungan tinggi purine berbanding daging putih. Semasa makan, kurangkan ambil kuah kerana bahan purine banyak dalam kuah.
5. Bagi pesakit gout juga elakkan memakan hati ayam dan kurangkan penggunaan ikan bilis dalam masakan. Ini kerana kandungan purine dalam hati ayam dan ikan bilis adalah tinggi.
6. Bagi pesakit anemia, daging merah terutama organ dalaman mengandungi tinggi zat besi dan bagus untuk dimakan. Memasak menggunakan minyak kelapa sawit merah lebih elok kerana minyak ini kaya dengan beta-karoten dan bantu leraikan zat besi dari diikat.
7.Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, ambil makanan tinggi serat seperti oat dan barli, minum jus oren, minum air halia atau bawang putih selepas memakan daging.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.