Skip to main content

Gaya Hidup

Panduan untuk elak perut sakit selepas berbuka puasa

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Semasa bulan Ramadan ini, bazar adalah tempat utama untuk mencari makanan.

Namun, harus ingat dalam membuat pilihan juadah, anda mestilah berhati-hati dan teliti dalam memilih makanan supaya tidak menghadapi masalah keracunan makanan, lapor Astro AWANI yang menukil artikel dari majalah Keluarga.

TIPS UNTUK ELAKKAN KERACUNAN MAKANAN:

1. BAU

Jika makanan tersebut berbau pelik, elak dari membeli atau makan atau minum.

Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.

2. WARNA

Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga.

3. BERBUIH ATAU BERKELADAK

Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan.

4. RASA KERAS ATAU KERING ATAU SEDIKIT GELAP DARI SEPATUTNYA

Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nuget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warnanya kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan daripada memakannya.

Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula, lapor Astro AWANI.

5. JANGAN SIMPAN MAKANAN LEBIH 2 HARI DALAM PETI SEJUK BAWAH

Elakkan dari menyimpan makanan lebih daripada dua hari di bahagian bawah peti sejuk.

6. TIADA TAHI LALAT ATAU DIHURUNG LALAT

Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.

7. TEKSTUR MAKANAN & MINUMAN

Lihat juga tekstur makanan dan minuman sebelum anda makan atau minum.

PERIKSA DAHULU SEBELUM BELI

Musim bazar Ramadan ini, memang kalau boleh, semua makanan hendak dibeli.

Sememangnya selamat untuk membeli makanan dan minuman di bazar Ramadan namun anda harus berhati-hati. Terutama sekali jika anda memberi makan kepada anak kecil atau orang tua.

Pada tahun lalu berlaku kes-kes yang melibatkan berpuluh kematian akibat termakan puding diraja yang dibeli dalam talian dan beratus-ratus kematian akibat memakan ayam sudah busuk yang dimasak untuk satu kenduri anak.

Pastikan kita periksa makanan dan minuman itu dengan teliti sebelum kita makan dan minum, lapor Astro Awani.

Semasa anda hendak membeli, anda boleh teliti rupa makanan dan minuman tersebut. Jika pelik atau berubah dari kebiasaan, elakkan.

Untuk peniaga, harus jujur apabila berniaga. Kasihan pembeli, mereka sudah lapar, nanti jatuh sakit pula.

Keracunan makanan boleh membawa maut jika teruk. Dengan itu, anda harus berjaga-jaga.

Pastikan juga anda memanaskan makanan dengan betul sebelum makan dan lebih elok jika makan makanan yang baru dimasak.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita