Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Panduan jauhkan selesema dan batuk guna lidah buaya

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Meskipun hidup dalam dunia serba moden, tidak dinafikan masih ramai antara kita mengamalkan petua orang dahulu.

Apatah lagi bila diri sendiri merasai perubahan atau kesan daripada petua yang diamalkan, pasti sahaja ingin dikongsikan dengan yang lain.

Sama kisahnya apabila seorang doktor yang cukup dikenali dalam bidang pakar otak, turut mengamalkan petua untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.

Melalui hantaran di akaun Facebooknya yang dikongsikan portal Keluarga, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi amalan beliau untuk memastikan cuaca yang tidak menentu sekarang ini tidak menjejas kesihatannya, terutama dengan jangkitan selesema dan batuk. 

“Sekarang, cuaca tidak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.

“Bila cuaca macam ini, mudah jatuh sakit. Saya kalau boleh nak elak dari sebarang penyakit. Jadi petang semalam ambillah lidah buaya. Buat detoks dan tingkatkan imun.

“Bila imun sudah kuat, penyakit tidak akan datang. Sudah tentu dengan izin Allah. Kita kena ikhtiar. Usaha saja.

“Apapun petua minuman ini lawan radang atau inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selesema dan batuk,” ujarnya. 

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN: 
1. Lidah buaya (atau aloe vera) – satu potong

2. Lemon – sebiji

3. Halia – sebesar ibu jari sendiri

4. Air – menutupi semua bahan di atas

5. Madu – satu sudu atau secukup rasa.

Caranya pun mudah. Kisar semuanya, lalu minum. 

Selepas minum, anda akan rasa badan ringan, tidak lemau dan ada berkuasa sedikit. 

Anda bolehlah cuba membuat minuman yang sangat sesuai dengan musim sekarang. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan