Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pameran 'Van Gogh: The Immersive Experience' buat penampilan sulung di Resorts World Sentosa pada Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran 'Van Gogh: The Immersive Experience' buat penampilan sulung di Resorts World Sentosa pada Mac

(Gambar: RWS/ Van Gogh exhibition)

SINGAPURA: Pameran 'Van Gogh: The Immersive Experience' akan membuat penampilan sulungnya di Singapura pada Mac 2023.

Lebih 5 juta orang dari seluruh pelusuk dunia sudah mengalami seni digital tersebut sejak pelancarannya pada 2017. Pengunjung ditawarkan pengalaman imersif ke dunia Vincent Van Gogh, salah seorang pelukis paling berpengaruh dan disanjungi ramai sepanjang masa.
(Gambar: RWS/ Van Gogh exhibition)
Para peminat bukan saja dapat melihat, bahkan juga mengalami sendiri lebih 300 karya tokoh seni Belanda itu, menerusi paparan digital berskala besar dari lantai ke siling, dinding ke dinding - menawarkan perspektif yang berbeza dalam mengamati seni, sekali gus membuat pengunjung terpesona dengan riwayat hidup Van Gogh serta karya-karya paling terkenal tokoh tersebut.

Penampilan sulung edisi pameran tersebut di Singapura akan diiringi dengan dua segmen pertunjukkan istimewa budaya Jepun. Ia direka khususnya sebagai satu penghormatan kepada gerakan 'Japonisme' yang mempunyai pengaruh kuat terhadap gaya seni Van Gogh.

Pengunjung akan dapat meneroka kesan seni purba 'woodblocking' dari Jepun dan juga pengalaman upacara teh 'matcha' yang tulen. Upacara tersebut mempunyai simbolik prinsip "wabi sabi".
 
(Gambar: RWS/ Van Gogh exhibition)
Selain daripada tayangan karya paling terkenal Van Gogh, pengunjung juga dapat menyusuri riwayat hidup tokoh seni tersebut melalui panel maklumat dan rekreasi bilik tidur dalam saiz sebenar berdasarkan lukisan 'Bedroom In Arles'.

Pameran tersebut turut menampilkan pengalaman realiti maya (VR), 'A Day In The Life Of An Artist In Arles', 'France', di mana pengunjung boleh mengenali inspirasi di sebalik beberapa karya terkenal tokoh tersebut.

Malah, kafe bertema juga disediakan yang menawarkan pelbagai pastri dan kudapan manis hasil air tangan Janice Wong, serta cenderahati eksklusif, kelas yoga dan sesi seni.

Pameran 'Van Gogh: The Immersive Experience' dibuka kepada orang ramai, mulai 1 Mac 2023. Tiket berharga S$15 untuk kanak-kanak dan S$24 bagi orang dewasa.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman https://vangoghexpo.com/singapore/.
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan