Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Pameran unik ini ajak pengunjung susuri 40 tahun siri Star Wars

Sebuah pameran mengenai Star Wars diadakan di Hungary bagi menandakan 40 tahun sejak filem pertama siri tersebut ditayangkan di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran unik ini ajak pengunjung susuri 40 tahun siri Star Wars

(Gambar fail: DANIEL LEAL-OLIVAS/AFP)

Diterbitkan : 17 Sep 2019 09:44PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 09:47PM

BUDAPEST: Sebuah pameran mengenai Star Wars diadakan di Hungary bagi menandakan 40 tahun sejak filem pertama siri tersebut ditayangkan di negara itu.

 Menurut Daily News Hungary, pameran itu boleh dinikmati dalam suasana sekitaran yang autentik dengan para pelawat dapat ikut menyusuri aksi-aksi siri berkenaan di sebuah kawasan seluas 1,500 meter persegi.

Pemandangan kawasan tersebut menyerupai alam semesta Star Wars dengan watak-watak di dalam siri itu seakan hidup. Bahkan, para pengunjung juga berpeluang untuk bersua dengan Chewbacca, Yoda, R2-D2, C-3PO, Sith, Darth Vader dan arca-arca lain. Terdapat 130 arca dan lebih 30 perisai bersaiz manusia untuk tatapan ramai.

Lebih 600 artifak dan barangan berkaitan Star Wars dipaparkan, dipercayai adalah koleksi peribadi terbesar Eropah.

Menurut pihak penganjur, ia mengambil masa empat tahun untuk membawa pameran itu ke Budapest tetapi ia pastinya berbaloi dengan begitu ramai peminat Star Wars di negara tersebut.  

Sumber : Agensi berita/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan