Pameran seni 'Pop Air' dibuka di SG mulai 7 Jun
Kurator acara seni terkenal, Balloon Museum, akan mengadakan pameran seni di Singapura pada bulan Jun.

Pameran 'Pop Air - Art Is Inflatable' menampilkan karya seni berkaitan udara. (Gambar: Balloon Museum)
Diadakan pada 7 Jun hingga 31 Ogos di Dewan F, Ekspo dan Pusat Konvensyen Sands di Marina Bay Sands, pameran interaktif itu menampilkan beberapa karya seni yang bertemakan konsep udara dan karya-karya belon (inflatables).
Pameran 'Pop Air - Art Is Inflatable' itu seluas lebih 6,000 meter persegi dan menampilkan karya-karya oleh para karyawan dari Itali, Australia, Poland dan lebih banyak lagi.
Tiket berharga S$35 bagi kanak-kanak dan S$45 untuk dewasa pada hari biasa, dan S$45 untuk kanak-kanak dan S$60 untuk orang dewasa pada hujung minggu.
Mulai 7 hingga 30 Jun, waktu operasi pameran itu adalah dari pukul 10.00 pagi hingga 9.30 malam, dengan waktu kemasukan terakhir pada pukul 8.00 malam.
Mulai 1 Julai, pameran itu akan beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 7.30 malam pada hari Ahad hingga Khamis, dari pukul 10.00 pagi hingga 8.30 malam pada hari Jumaat dan dari pukul 10.00 pagi hingga 9.30 malam pada hari Sabtu.
Tiket-tiket pameran boleh dibeli menerusi lamannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.