Skip to main content

Gaya Hidup

Pameran berbilang media 'illumi' janjikan pengalaman imersif mulai 13 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Pameran berbilang media 'illumi' janjikan pengalaman imersif mulai 13 Sep

illumi di Singapura. (Gambar: illumi oleh Cavalia)

SINGAPURA: Pameran cahaya, bunyi dan berbilang media terbesar di dunia akan membuat penampilan sulungnya di Singapura, pada Jumaat (13 Sep).

Berasal dari Kanada, pameran illumi itu akan berlangsung di ruang acara Bayfront sebelah Marina Bay Sands sehingga Tahun Baharu Cina akan datang.

Para pengunjung, antara lain, dapat melihat haiwan-haiwan elektronik saiz sebenarnya dan berjalan di istana bukit pasir.

Lebih 20 juta lampu LED digunakan di pameran itu yang mempunyai sembilan landskap bertema.

Pameran itu juga bersifat interaktif dan orang ramai boleh memanjat dan menyentuh arca-arcanya.

Salah satu daya tarikannya adalah pokok bercahaya paling tinggi di dunia.

Pokok itu setinggi 47 meter atau bangunan 10 tingkat.

Jualan tiket bermula pada 30 Julai lalu.

Harga bermula pada S$15 untuk kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun dan S$25 untuk orang dewasa, tertakluk pada yuran tempahan dan harga dinamik.

Pertunjukan cahaya berlangsung setiap 15 minit dari 7.15 malam hingga 9,30 malam.

Bagi maklumat lanjut, sila lungsuri tickets.tremtix.com/illumi and pelago.com/en-SG/activity/p3pvs1wej
Sumber : CNA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita