Skip to main content

Gaya Hidup

Paket minuman 'Milo Van' kini dijual di SG

Anggaran Waktu Membaca:
Paket minuman 'Milo Van' kini dijual di SG

Paket minuman Milo Van kini dijual di Singapura. (Gambar: Instagram/milosingapore)

SINGAPURA: Bagi kebanyakan rakyat Singapura, meneguk secawan Milo sejuk dari van Milo selepas Hari Sukan adalah kenangan indah semasa zaman kanak-kanak.

Malah kebanyakan peminat minuman itu merasakan ada sesuatu yang berbeza tentang Milo daripada van, dengan sebilangan orang masih mencari sentuhan rasa yang sama selepas mereka menginjak dewasa.

Yang pasti, harapan mereka kini menjadi kenyataan.

Nestle Singapore mengumumkan pada Rabu (2 Apr) bahawa ia akan menjual paket minuman 'Milo Van' yang baharu di cawangan-cawangan pasar raya merata negara.
Setiap pek minuman 'Milo Van' mempunyai 12 paket dan akan secara bertahap-tahap disediakan di FairPrice, Sheng Siong, Cold Storage, Giant, Prime Supermarket dan cawangan terpilih lain.

Bagi menyediakan minuman itu, tambah 150ml air sejuk bagi satu paket minuman, dan kacaukan minuman itu.

Nestle Singapore juga mencadangkan menukar air sejuk dengan susu bagi menjadikan minuman itu "rasa lebih lemak".

Dalam kenyataannya, pengurus perniagaan Alene Ee bagi Milo dan Siap Minum (Ready-To-Drink) Nestle Singapore, berkata: Milo sudah lama menjadi sebahagian penting daripada fabrik makanan dan budaya rakyat Singapura.

"Beratur untuk Van Milo adalah pengalaman universal yang dikongsikan oleh ramai rakyat Singapura yang membesar bersama Milo dan Singapura.

"Sedang kami meraikan ulang tahun ke-75 kami, tiada masa yang lebih baik untuk memberikan rakyat Singapura Milo kegemaran mereka dalam format paket yang baharu."
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita