Pakar pemakanan saran Vitamin C diambil secara berkala setiap hari
Vitamin C dalam sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil secara berkala kerana ia larut dalam air dan tidak diserap tubuh, kata Ketua Persatuan Pakar Pemakanan Sukan Indonesia (ISNA) Dr Rita Ramayulis.
Gambar hiasan makanan tambahan Vitamin C dilarutkan dalam air (Gambar: Pixabay/ivabalk)
JAKARTA: Vitamin C dalam sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil secara berkala kerana ia larut dalam air dan tidak diserap tubuh, kata Ketua Persatuan Pakar Pemakanan Sukan Indonesia (ISNA) Dr Rita Ramayulis.
Menurutnya, sisa daripada kandungan vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan apabila individu membuang air kecil, sehingga kandungan yang diperlukan setiap hari dipenuhi.
"Justeru sumber pemakanan Vitamin C harus diambil pada waktu pagi, siang dan malam supaya ia dapat dibahagikan dengan baik.
"Tidak cukup sekadar makan Vitamin C sekali dalam seminggu," kata Dr Rita dalam satu webinar kesihatan pada Selasa (4 Mei).
Menurut pakar pemakanan itu, Vitamin C serta zat besi, zink dan Vitamin A adalah 'penjaga' sistem daya keimunan yang berfungsi memastikan tubuh tetap kuat terutama sekali di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Tanpa para 'penjaga' itu, sel-sel daya keimunan tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Para individu dianggarkan perlu mengambil kira-kira 90 miligram dos Vitamin C setiap hari.
Vitamin C mempunyai peranan penting untuk menjaga keadaan tubuh seperti melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas, iaitu salah satu komponen utama dalam pembentukan kolagen tubuh.
Pakar pemakanan itu juga menyarankan pemakanan dengan gizi seimbang supaya tubuh kekal sihat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.