Skip to main content

Gaya Hidup

Pakaian 'menjolok mata' cetus kontroversi Minggu Fesyen Kedah 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Pakaian 'menjolok mata' cetus kontroversi Minggu Fesyen Kedah 2022

(Gambar: Twitter/Mohd Anuar)

Diterbitkan : 11 Aug 2022 08:02PM
PETALING JAYA: Penganjur Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung penampilan menjolok mata seorang wanita di acara tersebut.

Gambar wanita itu tular di laman Twitter sejak Selasa (9 Ogos) apabila ada pihak yang memuat naik gambar berkenaan dan mempertikaikan tindakan pihak penganjur yang membenarkan pemakaian tersebut.

Wanita berpakaian menjolok mata itu hadir pada hari ketiga KFW22 dengan tema Theme Of Style.

Antara jenama yang turut serta adalah Icahfa, Qaira Hijab, Fana Couture, Carl Rino, HLA, Parkson, Nuway, Teva, Birkenstock Studio, Steve Madden dan Swarovski.

Menerusi laporan Kosmo!, pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, tindakan akan dikenakan ke atas pihak berkenaan jika mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

Katanya lagi, hasil semakan awal mendapati pihak penganjur juga tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran KFW22 yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur untuk meminta penjelasan seterusnya mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Rabu (10 Ogos).

Menurut laporan Malay Mail, acara selama tiga hari yang berakhir pada Ahad (7 Ogos) diadakan di Aman Central Mall di Alor Setar.
Sumber : Agensi berita/AW/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita