Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Padah kegagalan jantung jika minum kafein berlebihan

Anggaran Waktu Membaca:
 Padah kegagalan jantung jika minum kafein berlebihan

Gambar hiasan. (Gambar: Unsplash/Pexel)

KUALA LUMPUR: Mungkin kita tidak perasan bahawa kita ini peminum tegar minuman berkafein. Rasanya kalau sehari tidak ambil, memang rasa serba tidak kena.

Ini belum lagi peminum tegar yang setiap beberapa jam akan ambil minuman kafein tidak kiralah kopi, kopi nescafe, teh juga mengandungi kafein, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada Mingguan Wanita.

Atau ada yang suka beli minuman di kedai kopi moden.

Tidak salah minum minuman berkafein namun, anda harus berpada-pada. Bimbangnya ia boleh mendatangkan masalah kesihatan tanpa kita sedari, lapor Astro Awani.

Inilah yang dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar tentang peminum tegar yang meninggal dunia akibat kafein.

PEMINUM TEGAR, AMBIL JUMLAH SELAMAT

Lima tahun lalu, pernah tular kes seorang remaja berumur belasan tahun yang rebah dan meninggal dunia setelah minum minuman berkafein.

Ketika itu, dia berada di sekolah. Gempar satu Malaysia.

Hasil siasatan mendapati remaja itu mengambil tiga jenis minuman berkafein dalam jarak dua jam.Seorang 'pengopi' tegar, dedah Ibu bapanya.

Gemar minum 'cafe latte' yang dibeli di kedai makanan segera. Gemar minum air bergas jenama "Mountain Dew" sebagai minuman harian dan gemar menelan minuman tenaga "Monster". Air putih jarang diminum.

Ramai fikir kafein hanya ada dalam kopi. Inilah pentingnya ilmu tentang nutrisi. Supaya tak memperbodoh diri.

PENYEBAB KEGAGALAN JANTUNG

Koroner yang menjalankan bedah siasat sahkan kematian remaja itu berpunca daripada ‘caffeine induced cardiac arrest’.

Bahasa mudahnya adalah kegagalan jantung berpunca daripada kafein.Ia menyebabkan serangan jantung mengejut. Menakutkan bukan?

Ada juga kes ramai yang meninggal mengejut selepas bersukan. Memang benar. Ajal dan maut itu di tangan Tuhan tapi anda ingin meninggal dalam keadaan sebegitu?

Saya tertanya-tanya berapa jumlah kafein yang selamat?

Kafein bukan 100 peratus sesuatu yang tidak baik. Jika diambil secara betul. Banyak khasiatnya pada diri.
Yang buruknya apabila ia diambil berlebihan.Melampaui kadar yang digariskan untuk manusia, lapor Astro AWANI.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah 400mg sehari.

Kajian yang dimuat naik di jurnal saintifik Food and Chemical Technology juga beri angka yang sama. Timbul persoalan lagi, betul ke ambil kafein boleh sebabkan kematian?

Februari lalu, satu kajian dimuat naik dalam Journal of Analytical Toxicology.

Ia adalah kajian ke atas 51 kes kematian disebabkan pengambilan kafein berlebihan. Menurut laporan, mereka minum bersamaan dengan 30 cawan kopi dalam waktu yang singkat.

Pengajarannya, kita perlu tahu angka. Berapa yang kita ambil. Jarak masa apabila diambil.

1. Dalam secawan teh anggaran kafein ialah 53mg.
2. Kopi biasa 133mg kafein.
3. Latte keluaran syarikat Starbucks, 150mg.
4. Kopi kedai kopi hipster sekitar 320mg kafein.
5. Minuman Redbull, 80mg kafein.

Yang mana satu kita ambil? Berpada-pada dalam 'mengopi'. Bersukat dalam 'mengeteh'.

Walaupun anda peminum tegar, boleh sahaja minum tapi kenalah tengok jarak masa dan berpada-pada.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan