Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Olah sisa nasi jadi puding pencuci mulut; mudah dan lazat

Anggaran Waktu Membaca:
Olah sisa nasi jadi puding pencuci mulut; mudah dan lazat

(Gambar: Izzah Imran/BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 03 Apr 2022 04:58PM Dikemas Kini : 03 Apr 2022 05:41PM

BERITAmediacorp: Apa yang hendak dilakukan dengan lebihan nasi yang tidak habis dimakan?

Jika dibuang, sayang. Tidak tahu apa lagi yang boleh dimasak selain dijadikan sebagai nasi goreng.

Cef dan pengacara, Shamsydar Ani, berkongsi resipi Puding Nasi yang mudah lagi enak untuk anda mencubanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 1/2 cawan nasi
1 cawan susu
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
1/2 cawan krim
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
Secubit serbuk buah pala
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan kismis
1/3 cawan sultana
1 sudu besar mentega tanpa garam
1/2 sudu teh ekstrak vanila

Cara Memasak:

  • Di atas api yang sederhana, masukkan susu, nasi dan garam ke dalam kuali. Gaul sehingga ia pekat.
  • Dalam mangkuk kecil, bancuh telur bersama krim, serbuk kayu manis dan secubit serbuk buah pala.
  • Dengan perlahan, gaulkan campuran krim dengan nasi sehingga sebati.
  • Masukkan gula ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati.
  • Taburkan kismis dan terus kacau sehingga pekat.
  • Alihkan kuali dari dapur panas dan campurkan mentega serta ekstrak vanila.
  • Sejukkan sebelum menghidangkannya.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan