Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Obesiti, tabiat merokok antara faktor utama kencing manis, darah tinggi

Masalah merokok dan obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti kencing manis dan darah tinggi di Malaysia ini dan ia berada pada tahap yang membimbangkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Obesiti, tabiat merokok antara faktor utama kencing manis, darah tinggi

Gambar fail rokok. (Gambar: Joel Saget/AFP)

Diterbitkan : 28 Apr 2019 04:04PM Dikemas Kini : 28 Apr 2019 04:06PM

MUAR: Masalah merokok dan obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti kencing manis dan darah tinggi di Malaysia ini dan ia berada pada tahap yang membimbangkan.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye berkata berdasarkan perangkaan yang dijalankan Kementerian Kesihatan setiap lima tahun, peratus golongan dewasa mengalami kencing manis meningkat daripada 8.3 peratus ke 17.5 peratus pada 2015 manakala bagi penghidap darah tinggi kekal sekitar 30 peratus dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata kajian itu juga menunjukkan peratus dewasa yang mengalami obesiti meningkat empat kali ganda daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 17.7 peratus pada tahun 2015 manakala bagi dewasa yang merokok kekal tinggi iaitu 22 peratus.

"Antara usaha yang dilakukan Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah ini ialah Program Kampungku Sihat yang menggabungkan program-program pengupayaan komuniti digerakkan ke segenap lapisan komuniti dalam mencegah penyakit seperti hipertensi dan diabetes ini," katanya ketika berucap pada program Kampungku Sihat peringkat Johor pada Sabtu.
Program itu disempurnakan Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal di Kompleks Sukan Pagoh.

Dr Lee berkata berdasarkan intervensi yang dibuat melalui program tersebut juga, pada minggu pertama sahaja lebih 63 peratus mereka yang berisiko mendapat NCD telah dirujuk ke fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, pelaksanaan program seumpama itu amat penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pencegahan penyakit berkenaan dan menggalakkan mereka menjalani pengesanan awal sekali gus menyedarkan masyarakat pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

"Program di Parlimen Pagoh ini kali ketiga diadakan dan program yang sama dirancang akan diadakan secara berperingkat iaitu di Gopeng, Kota Raja dan Port Dickson.

"Menerusi program tersebut KKM membawa anggota dan pelatih dari rumah ke rumah untuk mengadakan saringan kesihatan asas iaitu tekanan darah, bacaan aras gula dalam darah dan pengiraan indeks jisim badan (BMI) dan khidmat nasihat penjagaan gigi akan turut diberikan," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan