Skip to main content

Gaya Hidup

Nyah toksin dalam tubuh sebelum terlambat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Suka makan tapi bila bab nak buang toksin ramai yang pandang remeh. Bahaya simpan toksin dalam tubuh, bukan sahaja tubuh akan cepat rasa letih tapi ia juga akan mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini dan akan memberi kesan buruk pada kesihatan.

Tiada siapa yang dapat mengawal pengambilan makanan dan aktiviti seharian anda, kecuali diri sendiri.

Oleh itu, penting untuk anda memantau diet dan aktiviti yang kerap dilakukan kerana apabila terlalu banyak toksin yang terkumpul dalam tubuh ia akan memberi kesan buruk pada kesihatan anda.

Penting juga untuk memastikan tubuh dapat rehat selain mendapat tidur yang mencukupi. Pada masa yang sama, anda juga digalakkan untuk melakukan senaman ringan secara rutin di samping menjaga pemakanan seharian. Ini penting kerana menurut kajian 80 peratus daripada toksin berasal dari usus.

Jika kandungan toksin hadir terlampau banyak dalam tubuh, ia akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangi gula dan akan menjejas metabolisme kolestrol. Ini penting terutama jika anda ingin mengurangkan berat badan demi untuk kesihatan tubuh.

Tambahan jika anda ingin membakar lebih banyak lemak dan mengurangkan risiko mendapat kencing manis, sebaik-baiknya anda perlu membuang toksin di dalam tubuh dahulu.

Namun berdasarkan gaya kehidupan hari ini, ia adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya. Tapi, anda masih dapat mengawalnya agar tidak menjejas atau memudaratkan kesihatan.

JENIS-JENIS TOKSIN

Eksotoksin

Toksin dari luaran ini berpunca dari makanan proses atau makanan segera seperti burger, makanan yang mengandungi pengawet atau yang dibarbeku serta bahan kimia.

Menurut kajian terdapat juga kosmetik yang turut menyumbang pada toksin luaran selain penggunaan bahan-bahan pencuci seperti sabun basuh, bahan perwarna, peluntur dan sebagainya.
Endotoksin

Sementara itu toksin dalaman ini pula berpunca daripada tekanan atau gangguan emosi dan juga kotoran yang tersumbat dalam usus.

Contohnya masalah jerawat, alahan, bau badan dan mulut serta selesema dikatakan hadir kerana sistem atau fungsi pembuangan toksin dalam tubuh yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya.

Namun toksin-toksin yang terperangkap ini akan tetap keluar dari tubuh tapi dalam bentuk cela pada kulit. Simptomnya jelas hadir pada wajah. Sekiranya toksin-toksin di dalam organ tubuh tidak pernah dibuang, ia pasti akan memberi kesan yang lebih buruk.

Terdapat banyak tanda awal toksin dalam tubuh yang ramai tidak prihatin atau tidak ketahui. Antaranya masalah keletihan dan kurang bertenaga. Ada juga yang kerap sakit kepala atau lemah daya ingatan selain masalah mengalami masalah sukar tidur dan rasa letih tanpa sebab.

Malah, ada juga yang mempunyai masalah penceranaan, lenguh sendi, sinus, cepat rasa cemas selain berat badan cepat berganda.

CARA HAPUS TOKSIN SECARA SEMULAJADI

Tidak sukar untuk nyahkan toksin dalam tubuh. Mudah dan tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.

Yang penting anda harus bertanggungjawab dan usahakan sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu kecuali diri sendiri. Cuba malakan empat cara berikut:
Buang air

Fungsi utama buah pinggang adalah untuk membuang kotoran daripada aliran darah. Oleh itu jika banyak meminum air setiap hari, ia pasti dapat membantu buah pinggang untuk berfungsi dengan lebih baik.

Warna air kencing juga dapat memberikan petunjuk sama ada anda cukup minum air yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Contohnya, jika warna air kencing jelas atau sedikit kuning, ia merupakan petanda yang baik. Tapi, jika sebaliknya atau mempunyai bau yang tidak menyenangkan, ia menandakan anda perlu minum lebih banyak air.

Selain itu, anda juga perlu membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Inilah antara cara terbaik untuk membuang segala kotoran dalam tubuh.

Bagi yang mengalami kesukaran, anda digalakkan untuk banyak minum air selain mengambil makanan yang tinggi serat. Serat dikatakan dapat membantu mencuci usus dan sekaligus memudahkan proses membuang air besar.
Berpeluh

Penting untuk keluarkan peluh dalam tubuh. Kulit bertindak sebagai perlindungan antara dalam tubuh dan persekitaran luar. Pakar menyarankan agar kita dapat mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya tiga kali seminggu melalui aktiviti beriadah seperti berlari anak, senaman, bersukan dan sebagainya.

Pernafasan

Tahukah anda, bernafas dengan betul juga merupakan antara perkara asas yang penting untuk setiap tubuh. Tapi ramai yang tidak tahu tentang hal ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam tubuh.

Paru-paru kita berperanan untuk menapis kekotoran seperti alergen. Anda boleh bantu paru-paru anda untuk bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan.

Antaranya dengan cara mudah menarik nafas pendek anggaran lima minit setiap hari selain menyertai sesi yoga atau meditasi. Cara-cara ini ternyata dapat membantu untuk memberi pernafasan yang tepat dan lebih baik.

a

EPAL HIJAU, KAYU MANIS

Bersihkan dan singkirkan toksin dalam tubuh anda dengan cara yang mudah melalui minuman epal hijau. Mudah dilakukan seharian di dalam keselesaan rumah. Yang pasti, tidak banyak belanja.

Tahukah anda epal mengandungi banyak serat dan membantu untuk membuangkan toksin?

Sementara itu, kulit batang kayu manis pula mengandungi zat yang merangsang insulin dan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah.

Campuran kedua bahan epal dan kayu manis dikatakan dapat membantu mengurangkan lemak selain menurunkan kolesterol selain tingkatkan lagi metabolisme dalam tubuh. Cuba resipi minuman lima minit berikut:

Bahan
1 jag air
1 bji epal hijau
1 batang kayu manis

Cara
Hiris sebiji epal hijau, masukkan ke dalam jag berisi air dan kayu manis. Biarkan sejuk dalam peti ais semalaman dan minum keesokkan hari. Anda juga boleh hidangkan tanpa ais. Ulangi rutin just ini seharian atau seberapa kerap.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita