Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

NLB tambah kuota bahan bacaan yang boleh dipinjam secara tetap

Para anggota Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) boleh meminjam hingga 16 bahan bacaan fizikal mulai April tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
NLB tambah kuota bahan bacaan yang boleh dipinjam secara tetap

Para pengunjung di library@habourfront. (Gambar: NLB/Facebook)

Diterbitkan : 04 Mar 2019 11:10PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 01:16AM

SINGAPURA: Para anggota Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) boleh meminjam hingga 16 bahan bacaan fizikal mulai April tahun ini.

Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Sim Ann semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan hari ini (4 Mac) mengatakan bahawa selama bertahun-tahun, NLB sudah menambah kepada dua kali ganda kuota pinjaman bagi bahan-bahan fizikal sempena cuti sekolah.

"Setiap kali kami melaksanakannya, kami menerima maklum balas sangat baik daripada para pengguna yang memanfaatkan peluang untuk meminjam dan membaca buku dengan lebih banyak kagi," kata Cik Sim.

Mulai 1 Apr, NLB akan menambah kuota pinjaman kepada 16 bahan fizikal iaitu dua kali ganda jumlahnya sekarang. Ini dilaksakanan secara tetap supaya para pengunjung tidak perlu lagi menunggu hingga cuti sekolah untuk meminjam lebih banyak bahan membaca.

Di samping itu, kuota meminjam eBuku juga dinaikkan dari lapan kepada 16. Dengan ini, para pengunjung boleh meminjam sehingga 32 bahan fizikal dan elektronik pada setiap satu masa, tambahnya.

Anggota Parlimen Darryl David juga bertanya tentang statistik eBuku yang dipinjam dan sama ada ini satu hari ini, akan mengambil alih buku-buku fizikal.

Menjawabnya, Cik Sim berkata bahawa jumlah bahan digital yang dipinjam dari 2017 hingga 2018 naik dari 1.5 juta kepada 5.8 juta. Walaupun jumlah itu melonjak tinggi, ia "kecil" berbanding peminjaman bahan-bahan fizikal iaitu sebanyak 33 juta buku pada 2018.

Kementerian itu akan terus memantau trend-trend peminjaman buku dalam kalangan pengunjung perpustakaan tetapi yang jelas, NLB akan memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi eBuku, katanya.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan