Nintendo buka kedai 'pop-up' di Jewel Lapangan Terbang Changi 17 Nov - 1 Jan 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Nintendo
SINGAPURA: Peminat tegar permainan Nintendo, pastikan anda turun ke Jewel Lapangan Terbang Changi, dari 17 Nov 2023 hingga 1 Jan 2024.
Koleksi produk Nintendo kegemaran anda akan membuat penampilan melalui kedai 'pop-up' yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, menampilkan barangan popular bertemakan Super Mario, Animal Crossing, The Legend Of Zelda, Splatoon dan Pikmin.

Turut dipamerkan ialah barangan yang memaparkan ilustrasi khas watak utama Mario seperti Squid Ring dari Splatoon, Isabelle dari Animal Crossing dan Link dari The Legend Of Zelda.
Lebih banyak barangan akan diumumkan dekat dengan tarikh pelancaran 'pop-up' itu.
Juga eksklusif untuk kedai 'pop up' di Singapura ialah enam jenis poskad yang menampilkan watak Nintendo dengan imej mercu tanda Singapura di belakangnya.
Pembeli yang berbelanja S$80 atau lebih dalam satu transaksi di kedai itu akan menerima salah satu daripada poskad terhad tersebut, selagi stok masih ada.

Pastikan juga anda mendaftar masuk ke akaun Nintendo anda di kedai tersebut untuk mengumpul pelekat khas, setiap watak Nintendo yang berbeza.
Setiap orang boleh mendaftar masuk sekali sehari dan akan menerima satu daripada 18 reka bentuk pelekat yang tersedia.
Reka bentuk pelekat akan dikeluarkan secara rambang.
Anda hanya perlu imbas kod QR pada tablet yang terletak di pintu masuk kedai.
Kedai 'pop-up' Nintendo itu terletak di #04-220/221 Jewel Lapangan Terbang Changi.

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.