Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Nikmati keindahan seni, budaya S'pura menerusi GSS tahun ini

Jualan Raksasa Singapura (GSS) bermula secara rasmi hari ini (21 Jun). Sekitar 200 orang menyaksikan satu majlis pelancaran di mana pergerakan kenderaan di tiga batang jalan raya sekitar Orchard Road dihentikan secara serentak hari ini (21 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jun 2019 10:06PM Dikemas Kini : 21 Jun 2019 11:02PM

SINGAPURA: Jualan Raksasa Singapura (GSS) bermula secara rasmi hari ini (21 Jun).

Sekitar 200 orang menyaksikan satu majlis pelancaran di mana pergerakan kenderaan di tiga batang jalan raya sekitar Orchard Road dihentikan secara serentak hari ini (21 Jun).

Suasana menjadi begitu meriah dengan 100 penari meluru masuk ke 'kotak kuning' simpang jalan dan melakukan persembahan kilat.

Bukan itu sahaja, ia juga disusuli dengan satu pertunjukan fesyen rekaan para pereka tempatan, termasuk Fatimah Mohsin.

Pasar Jalanan Raksasa Singapura turut dibuka di laluan antara ION Orchard dengan Mandarin Gallery, Robinsons The Heeren dan tempat letak kereta Grange Road, sehingga hujung bulan ini.

Itulah kelainan GSS Singapura tahun ini.

Ia tidak sekadar tentang jualan murah tetapi dijadikan wadah bagi rakyat tempatan menonjolkan bakat, di samping mengajak orang ramai menikmati keindahan seni dan budaya Singapura.  

Sumber : CNA/AQ/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan