Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Netizen terkejut lihat penjual minuman ini tuang seluruh tin susu pekat dalam minuman

Menambah sedikit susu pekat ke dalam minuman atau roti bakar yang telah disapu mentega boleh membuatnya rasa lebih sedap.

Anggaran Waktu Membaca:
Netizen terkejut lihat penjual minuman ini tuang seluruh tin susu pekat dalam minuman

Tangkapan skrin dari media sosial TikTok yang menunjukkan gelagat seorang penjaja jalanan di Thailand yang mengosongkan satu tin susu manis ke dalam minuman yang disediakan. (Gambar: TikTok/@ananblingbling)

Diterbitkan : 11 Mar 2025 12:20AM Dikemas Kini : 11 Mar 2025 12:22AM
THAILAND: Menambah sedikit susu pekat ke dalam minuman atau roti bakar yang telah disapu mentega boleh membuatnya rasa lebih sedap.

Namun, seorang penjual makanan di jalanan di Thailand pula 'terlalu ikhlas' dengan sukatan susu pekat yang ditambah dalam minuman.

Baru-baru ini, seorang netizen merakam wanita itu menuang satu tin susu pekat ke dalam minuman yang dibuatnya.

“Sedutan pertama rasa seperti syurga, sedutan kedua membawa anda ke syurga,” seloroh seorang pengguna TikTok, @ananblingbling, dalam satu video yang tular baru-baru ini, dengan hampir 12.3 juta tontonan.

Dalam video itu, wanita itu kelihatan menuang susu pekat dari tin ke dalam gelas minuman yang kelihatan seperti minuman coklat.

Namun, apa yang mengejutkan para netizen apabila wanita itu membiarkan susu pekat mengalir bebas dari tin itu, sehingga keseluruhan kandungan tin susu itu dituang ke dalam cawan tersebut.
tin susu tersebut kosong.

Video itu menerima lebih daripada 25,000 komen, dengan beberapa pengguna TikTok melontarkan sindiran mengenai kemungkinan pelanggan yang memesan minuman itu perlu potong kaki kerana hidap kencing manis selepas minum minuman itu.

Menurut HealthHub, pengambilan gula harian yang disyorkan seharusnya “tidak lebih daripada 10 peratus daripada jumlah tenaga harian kita. Bagi kebanyakan orang dewasa, ia adalah sekitar 10 sudu teh (50g) gula berdasarkan pengambilan kalori harian sebanyak 2000 kalori.”
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan