Skip to main content

Gaya Hidup

Nestle henti sementara jual Milo di Jepun setelah catatan tular buat permintaan melambung

Nestle Jepun menghentikan penjualan Milo buat sementara waktu setelah catatan Twitter yang tular menyebabkan permintaan melambung tinggi melebihi kemampuan pengeluaran syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Nestle henti sementara jual Milo di Jepun setelah catatan tular buat permintaan melambung

Jenama Milo (Gambar hiasan: Facebook/Milo Malaysia)

Diterbitkan : 10 Dec 2020 07:42PM Dikemas Kini : 10 Dec 2020 07:43PM

PETALING JAYA: Nestle Jepun menghentikan penjualan Milo buat sementara waktu setelah catatan Twitter yang tular menyebabkan permintaan melambung tinggi melebihi kemampuan pengeluaran syarikat.

Minuman coklat malt itu adalah minuman kegemaran di Asia Tenggara dan baru-baru ini mencapai populariti di Jepun setelah catatan Twitter yang memuji minuman itu menarik perhatian warga Jepun.

Tweet viral oleh pengguna Twitter @ren_3 berkata bahawa meminum Milo membantunya merasa kurang letih dan memudahkannya bangun tidur pada waktu pagi.

"Sebulan setelah minum Milo setiap pagi, saya rasa lebih baik setelah bangun tidur.

"Saya biasanya merasa letih 24 jam sehari dan tidak ada motivasi untuk melakukan apa-apa, tetapi sekarang saya merasa segar,"
kata @ren_3.

Beliau menambah bahawa gejala ini disebabkan oleh anemia dan mendakwa bahawa kandungan zat besi dalam Milo membantu meringankan keadaannya.

Pujian melambungnya itu dikongsi lebih 32,400 kali dan mendapat lebih dari 92,600 tanda suka sejak ia ditulis pada 4 Ogos.

Pengguna Tweet bernama @koroku6_ pula pada Julai menulis lebih lanjut mengenai manfaat Milo terhadap kesihatan, dengan mendakwa bahawa setelah mengamalkan minum Milo, "tidak lagi rasa pening, kesihatan pundi kencing yang lebih baik, tidak mengantuk di waktu siang hari, keadaan kulit yang lebih baik, kestabilan mental, dan tidak ada lagi rasa lapar. "

Catatan itu mendapat lebih 11,800 perkongsian dan 31,300 tanda suka dan menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan penduduk Jepun mengenai minuman tersebut.

Akibatnya, Milo laris di pasar-pasar raya Jepun dan Nestle Jepun melaporkan permintaan bagi Milo adalah tujuh kali lebih tingi berbanding tempoh yang sama pada 2019.

Nestle Jepun mengimport bahan-bahan dari Singapura untuk membuat serbuk minuman tersebut dan terpaksa menghentikan penjualan Milo Original dalam pek 240g, 700g, dan lima bungkusan kecil kerana bekalan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang meningkat.

Oleh itu, syarikat berkenaan sedang berusaha untuk menambahkan bekalan dan penjualan Milo di Jepun dijangka akan disambung semula pada awal Mac 2021.
 

Sumber : Malay Mail/TODAY/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita