Nenek ini selamba 'tarik suara' semasa dendangkan lagu 'Dawai' curi perhatian ramai
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: fesollyusof/TikTok
KUALA LUMPUR: Lagu 'Dawai' nyanyian Fadhilah Intan menjadi sebutan ramai.
Ini memandangkan lagu tersebut mencabar sesiapa sahaja yang mendendangkan lagu itu untuk mencapai nada yang tinggi.
Sejak tularnya lagu itu, 'Dawai' seringkali digunakan sebagai muzik latar oleh pengguna TikTok rata-ratanya, menurut laporan Seismik.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok menampilkan seorang nenek menyanyi lagu 'Dawai' dalam siaran 'live'nya.
Ia jelas menarik perhatian ramai warga net, yang rata-rata terpesona dengan bagaimana nenek tersebut selamba 'tarik suara' ketika mendendangkan lagu itu.

Apa yang menarik juga adalah bagaimana gaya nyanyian nenek tersebut begitu berbeza dengan alunan penyanyi asal yang mana ramai yang mengatakan teknik nyanyiannya seperti nyanyian lagu-lagu lama, dipetik daripada laporan Seismik.
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.3 juta tontonan, 64.6 ribu tanda sukan dan hampir 4 ribu komen.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.